Agak lama tak update blog ni. Hari ini terasa ingin menulis sesuatu untuk diri sendiri dan anak-anak ku atau sesiapa sahaja yang menginginkan motivasi dari pengalaman saya untuk kemajuan diri juga iktibar mungkin.
Hari ini saya dan suami meninggalkan anak2 buat sementara waktu kerana terpaksa menghadiri kursus team building di Janda Baik. Dalam masa yang sama meninggalkan tanggungjawab yang besar kepada anak sulong ku Luqman Hafizuddin untuk menjaga adik2nya, menghantar dan mengambil adik2 (si kembar dan adik lelakinya) dari sekolah, memastikan mereka sembahyang, buat homework dan lain-lain.
Dalam perjalanan, diri sibuk memikirkan dan berdoa semoga abang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan Allah melindungi mereka. Sesungguhnya Allah tempat bergantung sebagaimana firmanNya:
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
(surah Al-Baqarah:186)
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
(surah At-Taubah:129)
No comments:
Post a Comment