Wednesday, November 30, 2016
AMALKAN 3 AYAT 3 SURAH
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulilah. dalam perjalanan ke tempat kerja pagi ini, dapat sedikit ilmu melalui Radio IKIM slot Motivasi pagi. Nak share kat sini.
Amalkan doa ini untuk mendapat keluarga yang bahagia ,anak-anak dan isteri sentiasa dalam peliharaan Allah.
1. Surah Ibrahim Ayat 40
“ Ya
Tuhanku.Jadikanlah aku dan ank cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat,
Ya Tuhan kami, Perkenankanlah doaku.
2. Surah Al Furqan Ayat 74:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari
ister-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati
melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu
bertaqwa.
3. Surah Al Qaf ayat 15:
Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan
kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan
susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan
(susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan
mencapai empat puluh tahun dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah
daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan
kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang
Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan
Muslimin (orang yang berserah diri).”
Semoga saya dan pembaca dapat mengamalkan ini dan Allah menganugerahkan kita keluarga yang bahagia dan taat kepada Nya. Aamin
Sunday, November 27, 2016
NOVEMBER 2016
25.11.2016
Happry Birthday acik ke 18 tahun
Hari ni genap umur Acik 18 tahun. Bertambah umur, semoga Allah menjadikan acik anak yang soleh dan muslim yang baik.
26.11.2016
Happry Birthday Aha dan Ana
Hari ni genap umur kembar 15 tahun. Bertambah umur, semoga Allah menjadikan mereka anak yang solehah dan muslimah yang baik.
Semoga
Allah memamanjangkan umur Acik, Aha dan Ana, di murahkan rezeki, bahagia dunia dan
akhirat. Sentiasa mengingati kami dalam
doanya. Amin
Wednesday, November 16, 2016
CREATE NICE QUOTE PICTURES
Assalamualaikum
Hari ini ummi agak lapang kerana
kuliah belum bermula . Apa yang ummi nak
buat hari ini? Keep searching and thinking.
Learn to create picture with nice
quote. Ummi guna Quizzo.com dan ini hasilnya.
Ini ummi guna Quotes3.com
Antara kedua-duanya , ummi suka Quizzo
kerana font dan mengikut apa yang kita taip. Quotes3 akan pamerkan huruf besar
sahaja. Dan quotes3 akan masukkan label dia. Picture kat quotes3 lebih cantic.
Ummi cuba guna recite.com tapi
lambat sangat dia generate.
Tengok ni , quote abah.
Jika nak guna gambar sendiri untuk
buat quotes, ummi cuba yang ini picturequotes.com
Sunday, October 9, 2016
ALL THE BEST AHA ANA
Assalamualaikum
Semoga Aha dan Anna diberikan idea dalam menjawap peperiksaan PT3 dan dapat menjawap dengan cemerlanag
Seterusnya kejayaan yg diimpikan menjadi kenyataan
Aamiin
![]() |
10.10.2016 cuaca baik - petanda yang baik. Insya allah |
![]() |
11.10.2016: ada pelangi pagi ni....can u see it. |
huh Aha tertinggal IC pulak . Baru je semalam kita bercerita tentang Kak Ina yang tertinggal IC/Slip exam semasa PMR.
Monday, September 19, 2016
Pokok Mahkota Dewa
ASSALAMUALAIKUM
Pagi ni 18.09.2016 saya dan my life partner sarapan pagi di Umbai. Makan sedap dan murah. ALHAMDULILAH.
Kat kedai ni ada tanam pokok ni. Pertama kali kami tengok. Cantik buahnya. Pokok herba ini disyorkan bagi pengidap diabetes
Nama scientifiknyA ILAH Phaleria Macrocarpa.
Khasiatnya banyak. Ia
bersifat detok, mampu meneutralkan racun
dalam tubuh kita. Dan banyak lagi ..
Search je kat internet
Owner tu kasi satu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kunjungan yang Meninggalkan Kesan
Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...