Wednesday, November 30, 2016

AMALKAN 3 AYAT 3 SURAH

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulilah. dalam perjalanan ke tempat kerja pagi ini, dapat sedikit ilmu melalui Radio IKIM slot Motivasi pagi. Nak share kat sini. 

Amalkan doa ini untuk mendapat keluarga yang bahagia ,anak-anak dan isteri sentiasa dalam peliharaan Allah.

1. Surah Ibrahim Ayat 40




“ Ya Tuhanku.Jadikanlah aku dan ank cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, Perkenankanlah doaku.



2. Surah Al Furqan Ayat 74:




"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari ister-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.


3. Surah Al Qaf ayat 15:




Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan (susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).”

Semoga saya dan pembaca dapat mengamalkan ini dan Allah menganugerahkan kita keluarga yang bahagia dan taat kepada Nya. Aamin

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...