Tuesday, August 22, 2023
21.08.2023 Graduation Anna
Assalamualaikum
Alhamdulilah Anna berjaya menamatkan pengajiannya dalam peringkat Diploma Akauntansi dengan cemerlang. Hasil usahanya dan rezeki dr Allah anna berjaya mendapat Dean's List setiap semester dan menerima Anugerah Naib Canselor pada hari graduation.
Kami bersyukur kepadaMu ya Allah atas kurniaan ini. Anna happy kami lagilah.
Now Anna berjaya meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda Akauntan di UiTM Puncak Alam. Semoga Anna berjaya dgn cemerlang juga. Aamiin Ya Rabb
Tuesday, June 6, 2023
6 anak 6 uni
Assalamualaikum.
Just sharing and reflex. Setiap anak2 belajar di universiti yang berbeza. Alhamdulilah Aturan Allah. Dia Yang Maha Mengetahui.
1. Abang : USM-kLE, India
2. Dayah : UniKL-RCMP, Perak
3. Nina : Uni Of Nebraska, Lincoln, USA
4. Acik : UniKL- MSI
5. Aha : UIA
6. Ana : UiTM
Semoga Allah rezekikan kejayaan buat anak2ku di dunia dan diakhirat. Aameen
Monday, May 22, 2023
Cara Menghidupkan Orang Mati
Assalamualaikum
Saya menerima email mengajak untuk menghidupkan orang mati. Catchy sungguh tajuk email. Menarik......
Sharing pesanan dan tingkahlaku yang baik simati melalui penulisan boleh menjadi pahala bg simati. Ini yang dimaksudkan menghidupkan org mati. Betul sangat....
Tapi nak mula menulis sukar terasa.
Bila sesaorang yang amat kita sayang pergi meninggalkan kita selamanya, akan menyebabkan kerinduan yang teramat sangat. Selain dari penulisan kita masih boleh menyumbangkan pahala bagi mereka.
Sharing cara saya mengingati mak ayah :
1. Solat di rumah atau di masjid menggunakan telekong mak.
2. Mengunakan semua barang2 yang mak bagi. Pinggan mangkok, baju2 mak dan lain2 lagi
3. Menggunakan bahan bacaan yang mak bagi seperti Buku Yassin dan tahlil.
4. Setiap kali baca Al Quran niatkan untuk mak dan ayah.
5. Dan dah semestinya setiap kali berdoa mesti doakan mak dan ayah.
Semoga Allah menerima amalan saya dan merahmati mak dan ayah. Semoga anak2 saya juga akan memgingati saya dan membantu saya dgn pahala sedekah dan doa yang baik
apabila tiba masanya. Aameen
Satu hari saya berbual dgn suami
Saya : Bang u nak tahu tak cara hidupkan orang mati. Saya terima email ajar cara nak hidupkan orang mati. Nak tahu tak
Suami : Eh .... tak nak lah.
Saya : Takut ye
Suami : Taklah. Cuma x nak tahu benda pelik2 ni. Hish..
Saya ketawa..menyebabkan dia lagi suspen or curious.
Saya : Nak bagi tau jugak.
Setelah mendengarnya dia tersenyum. Rasa kelakar juga. Begitulah selalunya manusia berfikir. Negatif je. Cepat buat assumption
Tuesday, May 2, 2023
MENULIS..cita2 yang masih samar
Assalamualaikum.
Teringin sangat menulia sesuatu yang baik untuk ditinggalkan..tpa masih belum nampak jalanuntuk memulakannya.
So tambah ilmu.
Saya suka membaca tulisan Ustaz Pahrol dan Bonda Nor
Santai tapi penuh nasihat
Aktiviti sekarang menjaga budak comel ni. Hmmm tinggal gitu jelah cita2 tu
Syawal 1444H / April 2023
Assalamualaikum
Raya kali ni terasa hambar. Mak dah tiada dan anak2 yang dah berkahwin beraya bersama keluarga suami/isteri mereka.
Alhamdulilah planning beraya bersama Tok Yah dan Opah di kediaman Halim menjadi kenyataan.
Semua ada...Alhamdulilah
Tokyah bersama anak , menantu dan cucunya. Alhamdulilah Syawal kali ini dapat kami semua berkumpul.
Mlm tu kami semua termasuk Tom Yah menginap di Premiera Hotel .
Ni gambar raya paling kelakar. Syed Hudzaifah ni...
Alhamdulilah,
Alhamdulilah,
4 Minggu Dah Mak Pergi
Assalamualaikum
Masa terus berlalu. Sekejab je dah 4 minggu mak pergi.
Rindu mak.
Paling terasa pada setiap Jumaat kerana pagi Jumaat selalunya saya akan berjumpa mak. Baca Al Kahfi dgn mak.
Mak : Mak tak pandai ngaji andak
Saya: Tak apa. Mak dengar dan aminkan aje. Sama pahala dgn org yang ngaji tu.
Mak: Owh Ye ke. Baiklah andak
Saya: Mak nak tahu. Masa kita gi haji dan umrah, kita ngaji dalam masjid Madinah atau Mekah, org tua2 india/pakistan akan tidor dgn halakan kepala dia kat depan kita. Mrk x tahu membaca tapi tahu fadilat mendengar org membaca Al Quran.
Mak: Owh...ha cepatlah baca
Perbualan dengan mak teringat2. Semoga Allah menempatkan mak bersama para solihin. Aamin
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kunjungan yang Meninggalkan Kesan
Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...