Assalamualaikum
Masa terus berlalu. Sekejab je dah 4 minggu mak pergi.
Rindu mak.
Paling terasa pada setiap Jumaat kerana pagi Jumaat selalunya saya akan berjumpa mak. Baca Al Kahfi dgn mak.
Mak : Mak tak pandai ngaji andak
Saya: Tak apa. Mak dengar dan aminkan aje. Sama pahala dgn org yang ngaji tu.
Mak: Owh Ye ke. Baiklah andak
Saya: Mak nak tahu. Masa kita gi haji dan umrah, kita ngaji dalam masjid Madinah atau Mekah, org tua2 india/pakistan akan tidor dgn halakan kepala dia kat depan kita. Mrk x tahu membaca tapi tahu fadilat mendengar org membaca Al Quran.
Mak: Owh...ha cepatlah baca
Perbualan dengan mak teringat2. Semoga Allah menempatkan mak bersama para solihin. Aamin
No comments:
Post a Comment