Thursday, December 22, 2016

KERJA + cUTI DI cAMERON hIGHLAND

13-16 Disember ; Cameron Highland


Umi ada mesyuarat di sini dan bawa kembar bersama.

Alhamdulilah , mereka dah besar  dan pandai menguruskan diri juga berani untuk explore sendirian tanpa ummi. So umi boleh focus..




























RESULT PT3 ANA DAN AHA


Assalamualaikum


Cerita 19 DIS 2016:

Hari ini keputusan PT 3 akan diumumkan tetapi umi terpaksa ke Langkawi. Rasa bersalah tetapi doa ku panjatkan kepada Allah semoga keduanya tabah semasa menerima apa pun jua keputusannya nanti

AHA


Pagi-pagi lagi Aha call

Aha: Assalamualaikum ummi. Jika nanti result aha tidak berapa bagus, ummi jangan marah ye.

Ummi: Wa’alaikumsalam Ha. Its ok. Jangan risau. Apa-apa result yang        aha dan ana terima hari ni, kita redha sahaja. Ha dan Ana dah buat yang terbaik kan. Jangan nangis2 nanti. Malu …

Aha: Ok mi..

Tengaharinya:

Aha mendapat 6A dan Anna mendapat 7A.

Alhamdulilah....anak-anakku tidak kecewa.

Ana call:

Ana : Ummi.... lagi satu A , ana berpeluang ambil result kat pentas.

Ummi: Tak apa. Cuba lain kali. Ada sebab kenapa Allah tak bagi. Macam ana selalu kata, Everything happens for a reason.

Ana : Oklah... [sound not happy ]


Semoga mereka lebih berjaya di masa depan. Mohon Allah berikan idea aliran mana yang sesuai untuk mereka .




ANA

AHA

Wednesday, November 30, 2016

Surah Ibrahim Ayat 40




AMALKAN 3 AYAT 3 SURAH

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulilah. dalam perjalanan ke tempat kerja pagi ini, dapat sedikit ilmu melalui Radio IKIM slot Motivasi pagi. Nak share kat sini. 

Amalkan doa ini untuk mendapat keluarga yang bahagia ,anak-anak dan isteri sentiasa dalam peliharaan Allah.

1. Surah Ibrahim Ayat 40




“ Ya Tuhanku.Jadikanlah aku dan ank cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, Perkenankanlah doaku.



2. Surah Al Furqan Ayat 74:




"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari ister-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.


3. Surah Al Qaf ayat 15:




Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan (susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).”

Semoga saya dan pembaca dapat mengamalkan ini dan Allah menganugerahkan kita keluarga yang bahagia dan taat kepada Nya. Aamin

Sunday, November 27, 2016

NOVEMBER 2016


25.11.2016
Happry  Birthday acik ke 18 tahun



Hari ni genap umur Acik 18 tahun. Bertambah umur, semoga Allah menjadikan  acik anak yang soleh dan muslim yang  baik. 






26.11.2016
Happry  Birthday  Aha dan Ana




Hari ni genap umur kembar 15 tahun. Bertambah umur, semoga Allah menjadikan  mereka anak yang solehah dan  muslimah yang  baik. 







Semoga Allah memamanjangkan umur Acik, Aha dan Ana, di murahkan rezeki, bahagia dunia dan akhirat.  Sentiasa mengingati kami dalam doanya. Amin

Wednesday, November 16, 2016

CREATE NICE QUOTE PICTURES

Assalamualaikum

Hari ini ummi agak lapang kerana kuliah  belum bermula . Apa yang ummi nak buat hari ini? Keep searching and thinking.


Learn to create picture with nice quote. Ummi guna Quizzo.com dan ini hasilnya.  





Ini ummi guna Quotes3.com









Antara kedua-duanya , ummi suka Quizzo kerana font dan mengikut apa yang kita taip. Quotes3 akan pamerkan huruf besar sahaja. Dan quotes3 akan masukkan label dia. Picture kat quotes3 lebih cantic.
Ummi cuba guna recite.com tapi lambat sangat dia generate.

Tengok ni , quote abah.



Jika nak guna gambar sendiri untuk buat quotes, ummi cuba yang ini picturequotes.com


Sunday, October 9, 2016

ALL THE BEST AHA ANA

Assalamualaikum

Semoga Aha dan Anna diberikan idea dalam menjawap peperiksaan PT3 dan dapat menjawap dengan cemerlanag

Seterusnya kejayaan yg diimpikan menjadi  kenyataan

 Aamiin

10.10.2016 cuaca baik - petanda yang baik. Insya allah

11.10.2016: ada pelangi pagi ni....can u see it. 

huh Aha tertinggal IC pulak . Baru je semalam kita bercerita tentang Kak Ina yang tertinggal IC/Slip exam  semasa PMR.

Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...