Assalamualaikum
Macam mimpi....kejab je masa berlalu. Dah dewasa acik. Dia pula yang merantau jauh, mencari rezeki di negara jiran setelah mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Alhamdulilah. Bersyukur kepada Allah atas segala nikmatnya.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “… dan kamu tidak diberi-
kan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Surah al-Israk, ayat 85)
Sungguh benar ....
Perjalanan mengandong, melahir dan membesarkan acik adalah suatu perjalanan yang tidak terjangka. Kepada Allah aku mengadu, aku meminta. Aku berdoa memohon Allah membuka jalan bagiku membesarkan semua anak2ku termasuk acik dengan baik. Menggunakan super power seorang ibu yang Allah berikan iaitu doa mustajab.
Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
دُعَاءُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ مِثْلُ دُعَاءِ النَّبِيِّ لأُمَّتِهِ
Maksudnya: “Doa seorang ayah (atau ibu) untuk anaknya, seperti doa Nabi kepada umatnya.”
Semoga anak2ku sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah.
Jadikanlah mereka anak2 soleh solehah yang akan sentiasa mendoakan aku dan abahnya setiap kali solatnya.
Lindungilah mereka dari godaan syaitan, fitnah manusia dan dr segala mala petaka
Anugerahkan mereka kesihatan yang baik. Pinjamkan segala yang Engkau pinjamkan sehingga akhir hayat mereka.
Kekalkan mereka dalam iman dan matikan mereka dalam iman.
Anugerahkanlah mereka rezeki halal yang luas.
Kumpulkan kami bersama di JannahMu Ya Allah.
Semasa hidup doa ibu yang anak2 perlukan. Bila ibubapa meninggalkan dunia ini, doa anak2 pula yang kita perlukan.
Kepada anak2ku
Jangan lupakan kami bila sampai masanya nanti...
No comments:
Post a Comment