Friday, June 14, 2024

Allah Plan dan Plan Kita

Asslamualaikum.

Firman Allah
"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."
 (QS. Ar-Ra'd: 11).

Selari dengan firman Allah ni maka kita perlu

1. BERUSAHA
2. BERDOA
3. TAWAKKAL

Untuk memastikan usaha kita berhasil maka perlu kita merancang (planning).
Kadang2 takdir Allah berlainan dengan apanyang kita rancang.
Maka kita perlu bersangkabaik dengan Allah kerana Dia Maha Mengetahui mana yang baik bagi kita hambaNya.


Plan kami, baiki rumah tok yah walaupun kos nya agak tinggi untuk sikembar dan acik. Mereka akan habis belajar dan peluang pekerjaan banyak di KL. Jika menyewa , mahal dan tidak selesa.

Setelah selesai dibaiki, acik pun habis belajar.  Tiba2 acik dapat offer kerja di Singapore. Eh... lain rupanya Plan Allah. 

Teman acik g singapore untuk urusan permit kerje. Alhamdulilah. Allah bagi peluang kami ke sini dengan asbab acik. Semoga Allah peliharai dia dan permudahkan urusan dia seterusnya rezekikan dia perkara yang baik2.

Next Aha. Setelah memohon hampir 100 company untuk intern. Aha dapat 5 offer dan ha memilih satu syarikat di KL. Boleh aha tinggal di sini wpun agak jauh dr tempat kerjanya nanti. Semoga Allah peliharai Aha dan permudahkan urusan dia seterusnya rezekikan dia perkara yang baik2. Aamiiin.

Next Anna. Dah dapat tempat intern yg dekat dgn rumah Tok Yah ni tapi x satisfy ana dengan elaun yg diberikan. Harap2 dapatlah syarikat yang lebih baik bagi ana.
Semoga Allah peliharai anna dan permudahkan urusan dia seterusnya rezekikan dia perkara yang baik2..aamiin.

Jika plan kita sama seperti plan Allah. Alhamdulilah

Jika x sama, ketahuilah Allah Maha Mengetahui apa yang baik bagi kita. Tawakkal dan teruskan doa yang baik2.







No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...