Tuesday, October 1, 2024

NZ

Assalamualaikum

Tulis sini....
  Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej 

Meloncat happy. Tp nak buat keputusan bukan mudah. So many thing to consider.

Ok ke Dayah dan Sofia nanti. 

Mata abah dah pulih 100% ke. 

Menantu Adda nak bersalin..  

Hmmm
Tanya Allah lah. Solat Istikharah .
Tanya Hati......mcm2 soalan yg jawab sendiri.
Tanya Anak2 lah.
Ni jawapan mereka:

Anak2 sangat sporting. Kami je banyak sgt .

Ya Allah sekiranya baik bagi kami permudahkanlah dan berilah kami kenikmatan, kegembiran, kesyukuran atas segala rezekimu. Aamin




Monday, September 23, 2024

Berdendam

Assalamualaikum

My bad habit ..berdendam.. 
Bukan senang nak forgive and forget...

Dengar banyak ceramah, dapat byk nasihat tp belum jumpa satu nasihat yg terkesan sehingga boleh membuang perasaan negatif tu.

Mungkin perlu lebih berIstighfar, berdoa , bersangka baik. 

Ya Allah ampunkan aku, tenangkan aku, lembutkan hatiku. Aamiin

Saturday, September 21, 2024

Going To Be 5


Assalamualaikum

28.10 nanti mereka jadi ber 5.. semoga dipermudahkan urusan mereka. Selamat dan sihat kedua ibu dan anak. 

Abng Ammar dan Kakak Aisya . Kejab je masa berlalu..masa semakin suntuk.bgKu. semoga yg baik2 je takdirku

Friday, September 13, 2024

Wedding Aiman & Aisyah

Sweet betul pic ni. Wedding Dr Aiman dan Dr Aisyah. Nikah 17.8 dan Reception pada 31.08.24. 
semoga Aiman dan aisyah menjadi suami isteri yg saling membahagiakan di dunia dan akhirat. Aamiin

Aigoo saya diberi tugas as Floor Manager. Alhamdulilah menggalas dgn baik dan tak mengecewakan mereka.
Pic paling bermakna dgn adinda ku ni. Dia ni kalau ada sama , mmg happening. Alhamdulilah

Dr berdua ni menambah bilangan doktor dalam family kami. Total now 24 doktor

Lets count:
Bang Long Family: 3
Bang  Lang Family: 5
Bang Li  Family: 2
Kak Idah Fam: 2
Bang cik : 1
Kak Maya: 1
Saya: 4
Kudin : 2
Adik: 4

Total : 24 doktor
Dr 24 org ni 

2 Pakar Bius
1 Gynae
1 Family Medicine

Sedang training
1 Gynae
1 Paeds
1 Surgeon

Wedding Ummar &Izzah

Dr Umar Firdaus dan Dr Izzah Hanna di Alor Setar pd 7.9.2024. Anak kepada adik bongsuku Dr Ishaireen Dalib dan Dr Airil Razlan

Ramai yang dapat meraikan majlis mereka. Semoga mereka bahagia hingga ke Jannah.

Disebabkan mylife tak.leh pergi, saya join kakak2 saya naik train. Terasa muda bika bersama mereka. 
Alhamdulilah

Abang Ipar yg sporting ni lah yang sewa kereta dan homestay serta bawa kaminjln2. Visit Padang Besar dan Pasar Rabu. Semoga  Allah membalas kebaikan merka dengan sebaik2nya. Aamiin


Timun Tikus

Assalamualaikum

Seronok pulak kutip timun kerdil ni. Byk menjalar kat pagar. Dapat banyak tapi tak berani nak makan.

Tanya pakcik Google lah. Owh . Dapat info buahnya  boleh dimakan sementara daun nya bokeh dibuat 

Tuesday, July 30, 2024

JULY 2024 _ Memories

4.7  Aha start praktikal di Prouvers KL


Abah Ummi  teman aha on 1st day. Naik Lrt, MRT n bus rapid KL. Lucky ada my50. Jimat sikit tambang aha. Elaun intern xlah banyak sgt tp masih consider byk compare to yg internnkat melaka.


10.7 Ummi Acik balik melaka. Abah stay dhn Aha


11.7  Ummi Acik g Jb. Stay 1 night. G tgk bilik sewa acik di Impian Stulang. RM650/Month non sharing with toilet


Confirm n letak barang2 acik


Overnight 


12.7 ummi n Acik ambil autopass untuk motor Acik masuk Spore.


16.7 Abah bgtau mata dia kabur. Ada black spot . Dia x selesa. Esok akan ke KPJ Tawakkal.



17.7 Anna final exam 1st paper. Rabbi Yassir Wala Tu Assir. Semoga ana berjaya dgn cemerlang.


 Abah di diagnos Retina Detachment. Need immediate surgery tp kat kpj x de Vitroretinal Surgeon. Alhamdulilah Pakar Mata tu berjaya carikan di Hospital Pusrawi. Dr Barkeh Hanim. 


Ummi drive to KL. Alhamdulilah smooth wpun nervous.


18.7  G Hospital Pusrawi.Dr confirm Retina Detachment. Abah admitted and 3pm dioperate. Alhamdulilah successful menurut Dr. Dimasukkan gas di dslam mata utk bantu proses lekat semula. Abah hanya dibius local. Abah stay 1 night


19 July Abah discharged. Risau tgk.mata dua. Red dan berair.


21.7 anna 2nd paper exam .


26 July Abah Followup check. Pressure mata tinggi. Dr kasi ubat .Schedule chckup 30.7


Anna exam 3rd paper


28.7 Acik bertolak ke JB 3.00pm dan selamat sampat 6.00pm. Mcm2 barang dia bawa atas motor . Penuh. Kesian pulak x leh hantar dia.

Will start work on 1.8.2024. Kena prepare. Ummi n Sofia very sad. Semoga dipermudah urusan Acik. Aamiin


Acik plan esok g beli simkad Spore. 


29. 7 Anna last exam final degree. Alhamdulilah. Selesai. Anna akan start intern 1.9.2024 di KL. Uhh city girl.


Ummi drive to KL alone. Dah x nervous sgt. Td sempat lunch dgn Dayah n Sofia. Dayah belanja secret resepi. Semoga Allah murahkan rezeki anakku yg generous ni dan mudahkan urusan dia. Aamiin. Hati sedih gak nak tinggalkan Sofia my sweet littlr girl. Semoga Aalah lindungi mereka. 


30.7 Followup Check abah. Pressure mata ok below 20. Expected to recover in 3 weeks. In 2 weeks time he will experience mcm wave di bhg bawah mata bcoz gas dah makin menurun. Semoga baik2 je. Aamiin


News acik. Masuk Spore alone. Install IU unit cost him SDG175.

Experienced lalu kastam msia n sgpore. Simkad Spore dah guna. Td not smooth. Esok nak try lagi. Ya Allah bantulah dia. Rezekikan dia yg baik2..Aamiin


31.7  ...penutup July

Friday, June 14, 2024

Allah Plan dan Plan Kita

Asslamualaikum.

Firman Allah
"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia."
 (QS. Ar-Ra'd: 11).

Selari dengan firman Allah ni maka kita perlu

1. BERUSAHA
2. BERDOA
3. TAWAKKAL

Untuk memastikan usaha kita berhasil maka perlu kita merancang (planning).
Kadang2 takdir Allah berlainan dengan apanyang kita rancang.
Maka kita perlu bersangkabaik dengan Allah kerana Dia Maha Mengetahui mana yang baik bagi kita hambaNya.


Plan kami, baiki rumah tok yah walaupun kos nya agak tinggi untuk sikembar dan acik. Mereka akan habis belajar dan peluang pekerjaan banyak di KL. Jika menyewa , mahal dan tidak selesa.

Setelah selesai dibaiki, acik pun habis belajar.  Tiba2 acik dapat offer kerja di Singapore. Eh... lain rupanya Plan Allah. 

Teman acik g singapore untuk urusan permit kerje. Alhamdulilah. Allah bagi peluang kami ke sini dengan asbab acik. Semoga Allah peliharai dia dan permudahkan urusan dia seterusnya rezekikan dia perkara yang baik2.

Next Aha. Setelah memohon hampir 100 company untuk intern. Aha dapat 5 offer dan ha memilih satu syarikat di KL. Boleh aha tinggal di sini wpun agak jauh dr tempat kerjanya nanti. Semoga Allah peliharai Aha dan permudahkan urusan dia seterusnya rezekikan dia perkara yang baik2. Aamiiin.

Next Anna. Dah dapat tempat intern yg dekat dgn rumah Tok Yah ni tapi x satisfy ana dengan elaun yg diberikan. Harap2 dapatlah syarikat yang lebih baik bagi ana.
Semoga Allah peliharai anna dan permudahkan urusan dia seterusnya rezekikan dia perkara yang baik2..aamiin.

Jika plan kita sama seperti plan Allah. Alhamdulilah

Jika x sama, ketahuilah Allah Maha Mengetahui apa yang baik bagi kita. Tawakkal dan teruskan doa yang baik2.







Thursday, June 13, 2024

Aha and Japanese Class


Assalamualaikum

Aha ada presentation Japanese Class dia last week.  Hari inindia share apa yg dia present 

Wah Alhamdulilah.. syukur 

Semoga Aha terus berjaya dan bahagia  di dunia dan akhirat. Aamiin



Thursday, May 9, 2024

Indahnya Bila Sedar

Assalamualaikum
Mencari sesuatu dalam msg terdahulu terjumpa screet shot msg dengan Nina. Teringat masa ni dia meluahkan perasaannya. Seboleh2nya saya cuba untuk menampakkan apa yang berlaku kepadanya ada peringatan dari Allah dan side positif. Alhamdulilah dia dapat menerimaNya dengan baik. Nina memang seorang yang sangat baik. 

Ya Allah rahmatilah anak2ku dan berilah mereka kebahagian di dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabb

Share sini perbualan 
kami:


NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...