Friday, November 17, 2023

40 years Ago.

Asslamualaikum

Reunioun suami membawa saya ke sini.

Menginap di UTM Hotel n Residensi. View dari bilik menampakkan rumah sewa saya 40 tahun dulu iaitu semasa bergelar siswa di UTM , Jalan Gurney. 

Bfast di sini amat memuaskan hati. Lepas sarapan kita berjalan menyelusuri jalan2 yang pernah saya lalui dulu. Sempat bergambar di rumah sewa . Keadaan rumah masih sama cuma telah di makan usia.
No 7, Jalan Kent 3. 

Banyak kenangan di sini.

Antaranya kenangan bersama  hsemate yang baik, pandai, lemah lembut orgnya. Selalu tersenyum..namanya Saadiah dan kami memanggilNya Adi.  Bila minggu2 peperiksaan, saya akan bersamanya belajar di perpustaakaan walaupun kursus kita berbeza. Saya diploma Elect Eng dan Ijazah Ukur Bahan. Jika belajar di rumah kita akan belajar sambil lewa sbb tu kita ke library. Selepas ramat diploma kita berpisah. Adi meneruskan pengajiannya di UTM sementara saya dapat melanjutkan pelajaran ke Scotland. 

Semasa di sana saya mengutus surat kepadaNya. Tak tergambar gembiranya bila dapat surat dari Malaysia. Rupanya surat dari adik Adi menyatakan bahawa Adi telah pun pulang kerahmatullah. Mudanya dia pergi.  Innalillah... Al Fatihah buat sahabatku Saadiah.

Ada kenangan pahit juga di sini ttp jari rasa malas menulis. Let it go

Kemana semua sahabat yang lain agaknya


Saturday, November 11, 2023

10-12Nov23

ASSALAMUALAIKUM
Byk rancangan ni.. Setelah berjumpa tenant rumah mak di Taman Setia,  kami melawat bang long di Lagong. Alhamdulilah keduanya sihat. 

Around 5 kami bertolak ke Ipoh. Hujan, kesesakan di Hw menyebabkan  kami mengambil keputisan bermlm di KU3 Hotel di Tapah.  Pagi2 lagi dah lapar dan mencari kedai sarapan kami terjumpa spot jogging ni. Perak masih banyak lokasi yang kehijauan dan alam semulajadi yang  menenangkan.

Setelah checkout kami meneruskan perjalanan ke Ipoh untuk mengambil laporan siasatan kemalangan tok yah. 
Nampak buah fav kami, apa lagi.

Selesai makan meneruskan perjalanan balik Melaka. Penat sgt sebab banyak tempat yang jem. Kita decide to overnight di Bangi. Terus booking penginapan di bookingdotcom.

Penginapan apartment 3bed3bath dgn.fasiliti yang bagus. Terletak berhampiran Tol Putra Perdana

Sidebab Hudzaifah dan Nina datang tido di sini. HapPy dapat berjumpa mereka. Sempat dinner  bersama



Esoknya selepas checkout Nina Najjmi belanja makan di The Gerato. Italian Restaurant.

Singgah solat di masjid At Taqwa berhampiran dgn reataurant tu. Masjid baru cantik dan selesa.

Selepas tu meredah jem semula ke Melaka. Waze kata 2.30hrs. Bothsides highway jem.

Rindu pulak dgn sinonet Sofia. 

Sedang berkira2 bila nak g jumpa family di kuala Terengganu tu.







NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...