Monday, May 22, 2023

Cara Menghidupkan Orang Mati

Assalamualaikum

Saya menerima email mengajak untuk menghidupkan orang mati. Catchy sungguh tajuk email. Menarik......

Sharing pesanan dan tingkahlaku yang baik simati melalui penulisan boleh menjadi  pahala bg simati. Ini yang dimaksudkan menghidupkan org mati.  Betul sangat....

Tapi nak mula menulis  sukar terasa.

Bila sesaorang yang amat kita sayang pergi meninggalkan kita selamanya, akan menyebabkan kerinduan yang teramat sangat. Selain dari penulisan kita masih boleh menyumbangkan pahala bagi mereka.

Sharing cara saya mengingati mak ayah : 

1. Solat di rumah atau di masjid menggunakan telekong mak. 
2. Mengunakan semua barang2 yang mak bagi. Pinggan mangkok, baju2 mak dan lain2 lagi
3. Menggunakan bahan bacaan yang mak bagi seperti Buku Yassin dan tahlil.
4. Setiap kali baca Al Quran niatkan untuk mak dan ayah.
5. Dan dah semestinya setiap kali berdoa mesti doakan mak dan ayah.

Semoga Allah menerima amalan saya dan merahmati mak dan ayah. Semoga anak2 saya juga akan memgingati saya dan membantu saya dgn pahala sedekah dan doa yang baik
apabila tiba masanya. Aameen

Satu hari saya berbual dgn suami

Saya   : Bang u nak tahu tak cara hidupkan orang mati. Saya terima email ajar cara nak hidupkan orang mati. Nak tahu tak

SuamiEh .... tak nak lah. 

Saya  : Takut ye

Suami : Taklah. Cuma x nak tahu benda pelik2 ni. Hish..

Saya ketawa..menyebabkan dia lagi suspen or curious.

Saya : Nak bagi tau jugak. 

Setelah mendengarnya dia tersenyum. Rasa kelakar juga. Begitulah selalunya manusia berfikir. Negatif je. Cepat buat assumption


Tuesday, May 2, 2023

MENULIS..cita2 yang masih samar

Assalamualaikum. 

Teringin sangat menulia sesuatu yang baik untuk ditinggalkan..tpa masih belum nampak jalanuntuk memulakannya.

So tambah ilmu. 

Saya suka membaca tulisan Ustaz Pahrol dan Bonda Nor

Santai tapi penuh nasihat 
Aktiviti sekarang menjaga budak comel ni. Hmmm tinggal gitu jelah cita2 tu



Syawal 1444H / April 2023

Assalamualaikum

Raya kali ni terasa hambar. Mak dah tiada dan anak2 yang dah berkahwin beraya bersama keluarga suami/isteri mereka.

Alhamdulilah planning beraya bersama Tok Yah dan Opah di kediaman  Halim menjadi kenyataan.
Gambar Raya 2023 yang cukup ahli

Semua ada...Alhamdulilah

Family Abdul Hamid

Tokyah bersama anak , menantu dan cucunya. Alhamdulilah Syawal kali ini dapat kami semua berkumpul.

Mlm tu kami semua termasuk Tom Yah menginap di Premiera Hotel .



Ammar Yusuf dan Sofia Liyana

my  2 heros

Nina Najjmi

Dayah, Alif dan Sofia


Family abang

Hudzaifah dan mama

Most Cute Photo

Ni gambar raya paling kelakar. Syed Hudzaifah ni...


Alhamdulilah,










4 Minggu Dah Mak Pergi

Assalamualaikum

Masa terus berlalu. Sekejab je dah 4 minggu mak pergi.

Rindu mak.

Paling terasa pada setiap Jumaat kerana pagi Jumaat selalunya saya akan berjumpa mak. Baca Al Kahfi dgn mak. 

Mak : Mak tak pandai ngaji andak

Saya: Tak apa. Mak dengar dan aminkan aje. Sama pahala dgn org yang ngaji tu.

Mak: Owh Ye ke. Baiklah andak

Saya: Mak nak tahu. Masa kita gi haji dan umrah, kita ngaji dalam masjid Madinah atau Mekah, org tua2 india/pakistan akan tidor dgn halakan kepala dia kat depan kita. Mrk x tahu membaca tapi  tahu fadilat mendengar org membaca Al Quran.

Mak: Owh...ha cepatlah baca

Perbualan dengan mak teringat2. Semoga Allah menempatkan mak bersama para solihin. Aamin

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...