Friday, February 17, 2023

16.2.2023 Kematian Tak Kenal Usia

Assalamualaikum. Hari ni kami menerima kabar duka dari jiran sebelah. Kesedihan kerana baru sahaja kehilangan atok jiran belum pun reda tiba2 kehilangan cucunya pula yg hampir sebaya Sofia.

Pagi tu baby dalam keadaan sihat dan ceria semasa dihantar ke rumah pengasuh. Lewat tengahari bapanya dimaklumkan keadaan anaknya  tidak sihat. Panik melihat keadaannya lembik dan susah bernafas , terus dibawa ke KK dan ke GH. Keadaan baby bertambah teruk dan meninggal selepas berbagai usaha dilakukan oleh doktor. 

Tentu ibu dan ayahnya terlalu sedih memandangkan 12 tahun mereka menunggu zuriat ini. Nampaknya Allah meminjamkan mereka sekejab sahaja. 

Kematian itu pasti dan tidak mengenal usia. Hanya Allah yang menentukan. Semoga ibu ayahnya redha dengan ketentuan ini.

Innalillah ....

Thursday, February 16, 2023

Cucu Cute Sofia Liyana 6 month now

Sofia dah 6 bulan. Nekmi dan Tok Abah mengasuhnya weekday. Semoga Allah berikan kami kesihatan yang baik untuk menjaga dia. 
Pagi2 ambil dia. Travel Muar- Merlimau. Cute sgt

Petang hantar balik Muar. 

Semoga dia membesar dgn baik. Menjadi anak solehah penyejuk hati mommy and daddy. Anak yg bijak dan berjaya dunia dan akhirat. 

Love u always

Wednesday, February 8, 2023

Doa dan Hati2

ASSALAMUALAIKUM

Nak menulis pengalaman untuk pengajaran bg org lain tetapi risau.... Sekarang zaman internet ada, semuanya yg amat pantas berlaku. Kadang2 coretan kita di copy paste, edit jahat dan di viral. Akhirnya tujuan baik kita menjadi sebaliknye. Nauzubillah.... lindungilah kami Ya Allah dr fitnah kehidupan dan kematian.

Kejadian semalam saya berurusan di pej kerajaan. Terdapat masalah kpd urusan saya yg melambatkan proses tersebut. Tiba2 pegawai tu kata " Puan Mudahkan Urusan Saya, saya Mudahkan Urusan Puan"

Sebenarnya saya phobia dengan ayat ni. Ada yg tersirat...

Suatu waktu dulu, saya sekeluarga dalam perjalanan ke restoran Patani di Bandar Kuantan. Ketika sudah hampir dgn restoran tersebut,  tiba2 dengar siren polis dan memotong kenderaan kami. Dalam hati terdetik, siapalah yang dikejar ni. Teekejut bila kami keluar dr kereta utk ke restauran ,kereta polis tersebut berhenti dibelakang kereta kami. Rupanya kami yg nak disaman.

Saya menghampiri suami yg sdg bersoal jawab dgn polis tersebut. Saya terdengar polis mengatakan ayat itu...Encik tolong saya, say tolong encik... Dengan gembiranya saya jawab, terimakasih tuan sbb kami pun bukan sengaja, Sign no entry tu terlindong dgn pokok...

Tiba2 suami kata, umi g masuk restaurant dulu ye. Muka dia serius sgt. 

Sebelum beredar sempat saya mendengar suami saya berkata jika saya salah tulislah encik , saya terima.

Bila suami dtg dia bawa surat saman dan ada riak kesal. Saya rasa bangga dia ada prinsip..tidak mahu bersubahat. Alhamdulilah..

To be continued...dah sampai pulak rumah sofia
 


Buah Hati Nekmi

ALHAMDULILAH

DOA YG BAIK UTK ZURIAT

Alhamdulilah. 

Doa Agar Anak Diberi Rahmat

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

Maksudnya: “…Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)…” (Surah al-Ahqaf ayat 15)



Umrah ... Rindu dan Teringin lg

Assalamualaikum

Kakak dan abang ipar membawa lagi keluarga dan rakan terdekat menunaikan umrah. 

Seronok melihat gambar2 yg mereka kongsikan. 

Rindu dan teringin ke sana lagi. Saya percaya Allah akan menjemput kami sekeluarga menjadi tetamuNya apabila tiba masanya. 

Sabar dan terus berdoa

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...