Saturday, October 23, 2021

KAD FROM NINA -2013

Hari ni mood baik nak mengemas. Macam-macam jumpa. Antaranya kad comel ni dr Nina


so sweet of her. simpan sini. 

Masa ni nina belajar di MRSM Pontian, Johor. Banyak kenangan dia dan kami semasa dia menuntut di sini. 

Ada nilai yang tidak akan dapat saya berikan  maka di sini nilai2 baik itu dikutip olehnya. Alhamdulilah menjadikan dia lebih baik dari sebelumnya. Anak yang manja, umi always become her problem solver. Di sini dia perbaiki kelemahannya

1. Time management
2. Social skills
3. Problem Solving
4. Emotional Management

Knowing her - suka taking risk , try new thing - explore, grab the oppornunity. Alhamdulilah dia berada di tempat yang betul. 

1. Anugerah tokoh saintis
2. Perak/Gangsa Karate peringkat kebangsaan MRSM.
3. Program Fast Track MARA.

Alhamdulilah. Bersyukur atas segala nikmat Allah berikan kepada Nina dan anak2 ku. Semoga mereka menjadi orang2 yang bersyukur dan berjaya dunia akhirat. Ameen

Thursday, October 21, 2021

Reflection 1

ASSALAMUALAIKUM

Terbaca satu kisah doktor yang quit KKM setelah tamat HO disebabkan depression dan hilang minat. Allahu...

Mempunyai 2 orang anak doktor dan 2 menantu doktor menyebabkan saya memahami dengan jelas rutin pekerjaan mereka. 

Semasa kedua-dua anak menjalani Ho, hati saya sentiasa berdebar2 dan saya berdoa setiap masa mengharapkan belas kasihan Allah memudahkan segala urusan mereka dan membantu mereka berjaya dalam menjalankan tugas dan amanah sesempurna mungkin setiap masa.


To be continue...

Friday, October 1, 2021

SAKIT DAN PENAWAR

ASSALAMUALAIKUM

Sukar percaya jari saya akan jadi teruk seperti ini yang asalnya  hanya menarik kulit mati di tepi kuku jari tsbt. Mayb disebabkan selalu basah - memasak, basuh pinggan dsbnya.

Biasanya sakit ini akan pulih selepas 2-3 hari ttp tidak pada kali ini.

Terfikir juga adakah saya ada kencing manis. Nauzubillah

Pergi klinik 1 - dapat antibiotik sapu dan ubat tahan sakit. Ttp masih tidak semboh.

So saya  ke Klinik lain yg Doktornya lebih senior. Dapat injection  antiobiotik makan dan cream utk sapu.  Sahkan tahap gula saya ok. Alhamdulilah.

7 hari dah ttp masih belum baik cuma rasa berdenyut dah kurang. Rasa tak sedap pulak asyik beli aje makanan maka hari ni plan nak masak. Jari saya bungkus baik dan g ke pasar. Sepanjang proses membeli2 ramai yang menegur dan simpati. Tetapi makcik yang jual santan mencadangkan sapu minyak gamat sbb terbukti berkesan pada luka yg beliau alami. Saya pun curious ttg minyak gamat tu. Dia menerangkan bagaimana rupa botol dsb dan check beg dia. Dan rezeki saya, dia ada minyak tersebut lalu memberikannya kpd saya. Alhamdulilah. 

Harap2 dengan asbab minyak ni akan semboh luka saya. AMEEN YA RABB



NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...