Saturday, September 25, 2021

Nina Story


ASSALAMUALAIKUM

Nina , Najjmi dan ibubapanya membawa anaknya Hudzaifh staycation di sebuah hotel di Putrajaya. Katanya dia nak bawa anaknya berenang. Tapi disebabkan kes covid ni masih banyak. Dia memilih untuk guna bathtub di bilik hotel  sahaja. Cuma bathtub hotel kelas lah sikitkan. Ada view menarik dari bilik. 

Malam dia menelefon saya.

Nina: Assalamualikum Miiìiii...." suara excitednya.

Ummi:  Wkslm. Ok tak Hudzaifah. Happy tak dia"

Nina : Ok je. Kami sampai hotel cepat tapi dapat checkin lambat. 

Ummi : Lama sangat ke?

Nina : kat 3 jam gak. Tapi kami bawa Hudzaifah  jln2 kat tasik. 

Ummi: Ok tu

Nina : Umi nak tahu , tadi nina buat perangai ummi.

Berderau darah ku. Allahu....Perangai aku yang baik atau sebaliknya. Sendiri pun faham bahawa aku banyak kekurangan diri.

Ummi : Eh.......apa tu.

Nina : Nina complain kat kaunter hotel sbb tunggu lama dan terkeluarlah  I think i should get compensation.

Owh senang hati semula bila dengar penjelasan dia. Bukan lah perangai saya yang x elok. 

Nina: Umi nak tahu , mereka bagi buffet breakfast free utk kami. Utk 4 oranglah. [ suami dan mertua dia]

Ummi: Wow... Alhamdulilah. Your right as customer. Betul2 . You have done the right thing. No harm trying. Ada rezeki dapatlah kan. 

Jawabku dengan rasa lega

Nina: Ye mi... tp Najmi kata dia malu. 

Faham sangat dengan perangai menantuku . Seorang yang sangat polite dan baikhati. 

Nina:  Breakfast dia best mi. Banyak pilihan dan sedap. Alhamdulilah

Ummi: Nina tanya elok2kan bukan marah so apa nak malukan. Alhamdulilah.



Alhamdulilah atas rezeki yang engkau kurniakan pada nina sekeluarga.

Alhamdulilah anak ku mengambil perangai aku yang baik. 

Semoga Nina juga akan menjadi model yang baik bagi anak2nya. Ameen








Thursday, September 16, 2021

Appreciate

Allah menutup Aib kita

Assalamualaikum


Sebenarnya kita dianggap baik bukan kerana banyaknya kebaikan yang kita buat, tapi kerana Allah menutup aib-aib kita

Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib kita, tentu tak ada yang mahu berkawan atau bahkan mahu mendekati kita

Sebagaimana perkataan Muhammad bin Waasi’ rahimahullah, “Seandainya dosa-dosa itu ada baunya maka tak seorangpun yang mahu duduk bersamaku”

Dan dosa sebagaimana aib, ia adalah suatu perbuatan buruk yang kita tidak ingin orang lain ketahui

Kalau ada seorang yang mengingatkan akan suatu aib yang kita perbuat, janganlah merasa marah & dendam, sebab itu hanyalah secuil dari sekian banyak aib-aib kita yang selama ini Allah tutupi

Dan jangan pernah ujub dengan amalan yang kita lakukan, jangan pernah terperdaya dengan pujian mereka yang memuji kita, kalau ada satu saja aib kita yang diungkap oleh Allah, maka semua pujian akan menjadi celaan..

Semoga Allah lindungi kita dan jauhkan dari keburukan

Aamiin... 🌹

*Selamatt Menunaikan Solat Tahajjud*

*Peringatan Pada Diri Sendiri*

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

CnP de group whataps. Semoga kita mendapat hidayahNya

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...