Tuesday, August 18, 2020

SOLAT DHUHA





Solat Dhuha banyak kelebihannya. Jom amalkan . Semoga Allah menerima ibadah kita. Ameen


Antara kelebihan Solat Dhuha:


1. Dicukupkan Rezeki.

 

Allah S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

 

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

 

2. Rumah Di Syurga.

 

Rasulullah S.A.W memberi motivasi kepada orang yang rajin memperuntukkan sedikit waktu paginya untuk Solat Dhuha dengan sabda baginda, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”

 

(Sahih al-Jami’: 634)

 

3. Nilai Seperti Bersedekah.

 

Sesungguhnya di dalam badan kita ini terdapat 360 sendi pinjaman Allah. Sendi inilah yang membolehkan kita bekerja dan menjalani kehidupan. Maka sendi-sendi ini ada hak-haknya yang perlu kita langsaikan.

 

Dari Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Di setiap pagi ada kewajipan sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha”

 

( Hadis Riwayat Muslim )

 

4. Diampunkan Dosa Terdahulu.

 

Sesungguhnya Allah amat rindu pada hambanya yang ingin menyucikan dosa. Sebanyak mana dosa yang kita lakukan, pintu keampunan Allah tidak pernah tertutup. Solat Dhuha adalah antara pintu ampunan yang disediakan oleh Allah. Rasulullah S.A.W berkongsi kelebihan solat Dhuha yang kita lakukan di dalam sabdanya :

 

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

 

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

 

Kelebihan seterusnya, sila 

Rujuk: https://mvm.org.my/solat-dhuha-rebut-6-kelebihan-yang-dijanjikan/10203

Wednesday, August 12, 2020

FLOW NIKAH

 ASSALAMUALAIKUM


Bukan senang nak jalankan tanggungjawab mengahwinkan anak. 

Pengalaman pertama , majlis anak lelaki. Kami hanya uruskan resepsi. Ini pun dah rasa nervous sgt. Alhamdulilah.

Pengalaman kedua, Majlis Nikah anak perempuan semasa PKPP. Majlis ringkas tapi masih nervous. Nikah di Pejabat Agama Jasin dan jamuan ringkas di rumah. Alhamdulilah

Akan datang ni, 1 Nov 2020 juga pengalaman baru . Majlis ke 3 , dimana nikah dan resepi bagi 2 pasang pengantin. 

Bila kita rasa macam dah mahir, rupanya Allah bagi kita pengalaman yang lain. Sesungguhnya Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Semoga Allah memudahkan urusan pernikahan Hidayah& Alif dan Resepi Hidayah& Alif dan Nina & Najjmi.


Rugilah segala informasi yang kita cari jika tidak di kongsi. So saya share Info Flow Nikah yang saya dah edit untuk kegunaan kami nanti supaya bermanafaat bagi yang memerlukan.



Flow Proses Majlis Nikah

1.      Bacaan Doa

2.      Jurunikah bagi khutbah ringkas pasal tanggungjawab suami isteri, niat berkahwin dan hukum-hukum. Pengantin lelaki kena sebutkan rukun nikah [ sesetengah tempat  kadi/jurunikah akan bertanya]

3.      Pengantin Lelaki dan wali mengucap dua kalimah syahadah

4.      Percubaan untuk akad nikah. Abah dan Alif.

5.      Akad nikah berlangsung.

6.      Bacaan doa selepas akad nikah

7.      Pengantin Lelaki tanda tangan dokumen-dokumen yang perlu.

8.      Pengantin Lelaki bacakan taklik.

9.      Pengantin Lelaki buat solat lepas nikah

10.    Pengantin Lelaki sarung cincin dan bagi mas kahwin. Cth  Mas kahwin seutas rantai tangan.

11.    Salam Pengantin Lelaki. Kemudian Pengantin lelaki melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu meletakkan tangan di atas ubun isteri sambil membacakan doa ini yang maksudnya :

 “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya”. 

[Abu Daud, Ibn Majah- Hadis sahih-]

 

12.    Bersalaman dengan ibu bapa kedua pihak .

13.    Bergambar


NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...