Wednesday, November 20, 2019

TAK SABAR

Happy wpun heavy 

Assalamualaikum

15.11.2019 Jumaat
Memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu untuk menziarah abang Luqman dan Adda. Dengan harapan mana tahu Adda bersalin dalam masa 2 hari ni. Alhamdulilah Abang dapat cuti 2 hari . Gembiranya kami.

Menunggu sehingga malam still no sign baby nak jumpa kami.


16.11.2019 Sabtu
Kami bersarapan bersama di Restoran Ikhwan. Alhamdulilah sedap semua makanan di sini. Singgah shopping di Pasar Payang semasa dalam perjalanan balik. Abah yang shopping nampaknya. Aha berkenan sangat dengan rompers baby yang bertulis 'Baby Ganu' dan ajak abah beli.

Malam makan di tepi sungai . Cantiknya view. Alhamdulilah. Dapat menikmati makanan sedap sambil berbual mesra. Terimakasih besan sebab belanja.

Menunggu sehingga malam still no sign baby nak jumpa kami.


17.11.2019 Ahad
Hari ini kami terpaksa balik kerana sesi pengajian Aha di UIA akan bermula. Selepas Suboh abang dah siap nak gi kerja . Kami bersalaman dan peluk abang. Sedih pulak bila Abang nangis.....ummi pun nangis .kenapa agaknya?
Mungkinkah sedih kami nak balik, tak tahu adakah akan berjumpa lagi.
Mungkinkah sedih kerana kami yang menziarah mereka bukan sebaliknya
Mungkinkah sedih kami datang hanya sekejab sangat
Mungkinkah sedih kami belum dapat menatap wajah babynya
Mungkinkah sedih kami tidak bersama dalam waktu sukarnya

Aah manusia memang begini . Suka membuat andaian dan berfikir terlalu jauh.

Positifkan mindamu ummi.

Doakan yang baik-baik untuknya, Adda dan baby.
Semoga Allah permudahkan urusan kerja abang yang masih tagging di O&G
Semoga Allah permudahkan urusan Adda bersalin dan selamat
Semoga Allah permudahkan kelahiran baby mereka dan baby sihat dan sempurna.

Untuk memujuk hati kami, abang dan Adda , kami membawa Adda ke Hospital Salam. Hasil pemeriksaan semuanya dalam keadaan baik ,baby sihat cuma kita harus menunggu dengan sabar. Kami meneruskan perjalanan menghantar Aha balik UIA, Gambang, Pahang.

Menunggu sehingga malam still no news baby nak keluar. Selesa sangat nampaknya dia di dalam rahim umminya.

18.11.2019 Isnin
masih menunggu.....

19.11.2019 Selasa
masih menunggu.....

20.11.2019 Rabu
masih menunggu.....

21.11.2019 Khamis
masih menunggu.....
........

24.11.2019 Ahad
Admitted to HSNZ
Admitted to Salam Hospital

25.11.2019 Isnin
Progress slow

8.45am Boboboi lahir melalui Caesarian. Alhamdulilah. 3.23kg

Aha kata ' Dah lama aku tunggu kau tau'.

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...