ASSALAMUALAIKUM
Pengalaman Anak-anak saya belajar memandu di syarikat 1MDC memang menyedihkan. Cikgu memandu asyik tukar waktu belajar dan mengajar ala kadar . Bayaran yang dikenakan bukan sedikit. RM1250 belum lagi dengan bayaran-bayaran tambahan yang lain. SST juga dikenakan . Jumlahnya mencecah RM1500 seorang. Anak saya kembar so bayaran nya dua kali ganda. Bayaran yang tinggi ini sangat memberi kesan kepada semua ibubapa juga makin menyusahkan. Fikirkan kerajaan baru maka rakyat selesa tapi.....menyedihkan. Pengurusan 1MDC ni pun menyakitkan hati kerana mengambil masa yang lama untuk dapat ujian memandu. sehingga anak-anak saya terpaksa memperbaharui lesen L. Duit lagi..Jika lambat dapat slot ujian tetapi anak2 dapat belajar memandu tak apa juga . Kita yang kena request dengan mereka untuk belajar memandu.
Setelah 3 bulan, hari ini mereka dapat slot untuk ujian memandu. Bila saya datang menjemput mereka , Aha menangis ,sedih sebab gagal ujian Jalanraya tetapi yang dia lebih sedih adalah disebabkan JPJ Tester (lady) yang melayan dia dengan kasar, menengking dia dan memanggil dia panggilan yang tidak sepatutnya. Allahu. Sedih dengar cerita Aha.
Macamana nak positifkan mereka. ' Tester bukan sahaja memalukan dirinya malah tiada keberkatan dalam pekerjaannya apabila setiap orang yang disakitinya akan menyebut-nyebut, menceritakan kepada orang lain perihal itu dan juga menjadi kenangan/igauan yang akan menjadi sebahagian kenangan pahit dalam diri orang yang disakitinya. Tindakannya itu menjadi satu kerugian yang besar bagi dirinya "
Pesan saya kepada mereka,
Jangan sakiti orang lain jika kita tidak mahu disakiti.
Sentiasa Berbuat baik kerana kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
Dari Abu Hurairah, yang akhirnya berbunyi:
بِحَسْبِ امْرِيْ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسلِمَ كُلٌ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ دَمُهُ وَمَالُهُ وَعِرْضُهُ
“Cukuplah seseorang dikatakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama muslim. Seorang muslim wajib manjaga darah, harta dan kehormatan orang muslim lainnya”
No comments:
Post a Comment