Wednesday, November 27, 2019

Innalillah...Atok Sawah



Assalamualaikum 

Setiap JIWA pasti merasakan MATI

Pagi ni mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian sesaorang  paling rapat dengan keluarga kami di kampung ini,  tempat kami bermastautin. Orangnya sangat ramah dan prihatin terhadap kami sekeluarga dan juga ibu saya.

" Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah , bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju yang putih yang bersih dari kotoran, dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari siksa kubur serta fitnah nya dan siksa api neraka"

Ameen Ya Rabb


Monday, November 25, 2019

FINALLY HE ARRIVED


Assalamualaikum




Alhamdulillah. Setelah ibunya mengharungi cabaran dan kesakitan. Bapanya mengharungi keresahan. Akhirnya dia muncul.


Rupanya yg comel , kulitnya yang putih gebu, berlesung pipit. Hilang segala keresahan semua yang menunggu.


Selamat Datang



Ammar Yusuf bin Luqman Hafizuddin


  • Semoga menjadi seorang anak yang soleh dan menyenangkan .
  • Semoga berjaya di dunia dan akhirat.
  • Semoga sihat sentiasa
  • Semoga diberi rezeki yang luas, seluas langit yang terbentang.
  • Semoga bahagia dunia dan akhirat
  • Semoga diberkati Allah selalu
Ameen Ya Rabb

Abang Dah jadi Ayah




Wednesday, November 20, 2019

TAK SABAR

Happy wpun heavy 

Assalamualaikum

15.11.2019 Jumaat
Memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu untuk menziarah abang Luqman dan Adda. Dengan harapan mana tahu Adda bersalin dalam masa 2 hari ni. Alhamdulilah Abang dapat cuti 2 hari . Gembiranya kami.

Menunggu sehingga malam still no sign baby nak jumpa kami.


16.11.2019 Sabtu
Kami bersarapan bersama di Restoran Ikhwan. Alhamdulilah sedap semua makanan di sini. Singgah shopping di Pasar Payang semasa dalam perjalanan balik. Abah yang shopping nampaknya. Aha berkenan sangat dengan rompers baby yang bertulis 'Baby Ganu' dan ajak abah beli.

Malam makan di tepi sungai . Cantiknya view. Alhamdulilah. Dapat menikmati makanan sedap sambil berbual mesra. Terimakasih besan sebab belanja.

Menunggu sehingga malam still no sign baby nak jumpa kami.


17.11.2019 Ahad
Hari ini kami terpaksa balik kerana sesi pengajian Aha di UIA akan bermula. Selepas Suboh abang dah siap nak gi kerja . Kami bersalaman dan peluk abang. Sedih pulak bila Abang nangis.....ummi pun nangis .kenapa agaknya?
Mungkinkah sedih kami nak balik, tak tahu adakah akan berjumpa lagi.
Mungkinkah sedih kerana kami yang menziarah mereka bukan sebaliknya
Mungkinkah sedih kami datang hanya sekejab sangat
Mungkinkah sedih kami belum dapat menatap wajah babynya
Mungkinkah sedih kami tidak bersama dalam waktu sukarnya

Aah manusia memang begini . Suka membuat andaian dan berfikir terlalu jauh.

Positifkan mindamu ummi.

Doakan yang baik-baik untuknya, Adda dan baby.
Semoga Allah permudahkan urusan kerja abang yang masih tagging di O&G
Semoga Allah permudahkan urusan Adda bersalin dan selamat
Semoga Allah permudahkan kelahiran baby mereka dan baby sihat dan sempurna.

Untuk memujuk hati kami, abang dan Adda , kami membawa Adda ke Hospital Salam. Hasil pemeriksaan semuanya dalam keadaan baik ,baby sihat cuma kita harus menunggu dengan sabar. Kami meneruskan perjalanan menghantar Aha balik UIA, Gambang, Pahang.

Menunggu sehingga malam still no news baby nak keluar. Selesa sangat nampaknya dia di dalam rahim umminya.

18.11.2019 Isnin
masih menunggu.....

19.11.2019 Selasa
masih menunggu.....

20.11.2019 Rabu
masih menunggu.....

21.11.2019 Khamis
masih menunggu.....
........

24.11.2019 Ahad
Admitted to HSNZ
Admitted to Salam Hospital

25.11.2019 Isnin
Progress slow

8.45am Boboboi lahir melalui Caesarian. Alhamdulilah. 3.23kg

Aha kata ' Dah lama aku tunggu kau tau'.

PLAN = FATE


Keep Praying Ummi. 
Semoga urusan jodoh anak-anakku dipermudahkan dan bahagia hingga ke syurga.
Ameen

Tuesday, November 19, 2019

RINDU PULAK

Dr Luqman Hafizuddin di Hospital Sultanah Nur Zahirah

Dr Nur Hidayah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah

Nur Amanina di Public Bank IT, Bangi


Syukri Hanif di Honda Bangi


Nur Faraha di UIA, Gambang
Nur Farhana UITM, Alor Gajah




Teka manasatu Ana dan Aha


Abang dan isteri Dr Wan Nor Syuhaida  



Dari Seorang jadi berdua
Kemudian menambah ahli , SATU demi SATU dan diakhiri  dengan DUA.
Kemudian SATU demi SATU juga diakhiri denga DUA meninggalkan sarang.
Sekarang sarang hanya tinggal kami. 
Mereka  telah berhijrah dan memulakan perjalanan.

Semoga Allah permudahkan urusan anak-anakku dan menantu tersayang.
Seterusnya kejayaan, kebahagian dan keberkatan milik mereka dan kami.

Ameen




Sunday, November 3, 2019

Hati Ibu

Assalamualaikum

Seorang ibu tidak pernah merasa lelah

Melindungi anak-anaknya
Mendoakan kesejahteraan mereka
Menyayangi mereka
Meletakkan tepi kepentingan diri
Mengorbankan masa dan harta demi anak2nya

Walaupun sering diuji.


Sunday, October 6, 2019

Proud of u Aha

https://youtu.be/NRMv0j_xtEo

Bila rasa lemah

Wallahi, if you are patient & place your entire trust in Allah, He will definitely show you a way out of every difficulty.
Ameen

Tuesday, October 1, 2019

2.10.2019

Assalamualaikum

Duhai anak-anak:
Dreams come true Insya Allah.
Keep striving
Keep working for it
Keep praying
Keep hoping

Dont stop believing
All things come in due time.
Trust Allah.


Sept 2019


Monday, September 16, 2019

Hanya Allah Tempat bergantung

Assalamualaikum

Kita manusia biasa - merasa sangat bergantung sepenuhnya kepada Allah swt apabila kit merasakan kita tidak dapat mengawal keadaan. 

Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana Allah mengujudkan perasaan ini atas asbab anak-anak. 
Alhamdulilah

Wednesday, August 21, 2019

KETENANGAN

Assalamualaikum.

Perumpamaan yang hebat dan tepat. 





Jika ketenangan tidak dirasai, bertaubatlah kepada Allah, mohonlah diberi ketenangan dan dipermudahkan segala urusan . Sesungguhnya semuanya milik dan kawalanNya . Allah yang Maha Berkuasa lagi Penyayang. 


“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri”

Al Baqarah 222. 



ZIKIR LAH


Sunday, August 4, 2019

HATYAI TRIP : 27- 30 JULAI 2019



Assalamualaikum

Alhamdulilah. Direzekikan Allah bersama-sama kawan-kawan Munshi ke Hatyai. Great moments. 

























“Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget.”



NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...