Wednesday, November 30, 2016

Surah Ibrahim Ayat 40




AMALKAN 3 AYAT 3 SURAH

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulilah. dalam perjalanan ke tempat kerja pagi ini, dapat sedikit ilmu melalui Radio IKIM slot Motivasi pagi. Nak share kat sini. 

Amalkan doa ini untuk mendapat keluarga yang bahagia ,anak-anak dan isteri sentiasa dalam peliharaan Allah.

1. Surah Ibrahim Ayat 40




“ Ya Tuhanku.Jadikanlah aku dan ank cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, Perkenankanlah doaku.



2. Surah Al Furqan Ayat 74:




"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari ister-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang mahu bertaqwa.


3. Surah Al Qaf ayat 15:




Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan (susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).”

Semoga saya dan pembaca dapat mengamalkan ini dan Allah menganugerahkan kita keluarga yang bahagia dan taat kepada Nya. Aamin

Sunday, November 27, 2016

NOVEMBER 2016


25.11.2016
Happry  Birthday acik ke 18 tahun



Hari ni genap umur Acik 18 tahun. Bertambah umur, semoga Allah menjadikan  acik anak yang soleh dan muslim yang  baik. 






26.11.2016
Happry  Birthday  Aha dan Ana




Hari ni genap umur kembar 15 tahun. Bertambah umur, semoga Allah menjadikan  mereka anak yang solehah dan  muslimah yang  baik. 







Semoga Allah memamanjangkan umur Acik, Aha dan Ana, di murahkan rezeki, bahagia dunia dan akhirat.  Sentiasa mengingati kami dalam doanya. Amin

Wednesday, November 16, 2016

CREATE NICE QUOTE PICTURES

Assalamualaikum

Hari ini ummi agak lapang kerana kuliah  belum bermula . Apa yang ummi nak buat hari ini? Keep searching and thinking.


Learn to create picture with nice quote. Ummi guna Quizzo.com dan ini hasilnya.  





Ini ummi guna Quotes3.com









Antara kedua-duanya , ummi suka Quizzo kerana font dan mengikut apa yang kita taip. Quotes3 akan pamerkan huruf besar sahaja. Dan quotes3 akan masukkan label dia. Picture kat quotes3 lebih cantic.
Ummi cuba guna recite.com tapi lambat sangat dia generate.

Tengok ni , quote abah.



Jika nak guna gambar sendiri untuk buat quotes, ummi cuba yang ini picturequotes.com


NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...