Assalamualaikum
di KLIA bersama Ummi Amin yang sangat supportive. |
Nina balik ke US pada 9 Ogos 2016 dengan kawan baiknya Wan. Alhamdulilah, Nina telah selamat sampai ke Lincoln.
Berterima kasih kepada kakak ku Sara Dalip @ Ummi Amin dan abang ipar kesayangan kami Ahmad Fawzal , yang selalu menunjukkan kasih sayangnya dengan meluangkan masa ke KLIA menghantar Nina.
nina dan wan yang comel |
Dalam perjalanan ke Lincoln , Nina dan Wan sempat mereka berjalan-jalan di Narita , Jepun. Mereka transit dua kali, Narita dan Dallas. Bersyukurlah anakku diberi peluang untuk menuntut ilmu dan meneroka alam ini. Semoga pengalaman ini merupakan pengalaman yang mengajar Nina menjadi lebih baik dan bersyukur.
nina di Narita |
Meditatioan....Ha Ha. |
Fighting Na.. 2 tahun je lagi..
Perpisahan yang sementara ....
Pengorbanan yang kecil tetapi membawa makna yang amat besar dalam hidup Nina .
.Insya Allah.
Nina dan Kak Dwi [hsemate] |
Alhamdulilah, Nina dapat housemate yang sangat matang dan berdedikasi dalam pelajaran. Dwi pelajar PHD dari Indonesia, merupakan seorang yang sangat baik.
Semoga dengan silaturahim ini Nina bermotivasi dan dapat membantu Nina menjadi insan yang lebih baik dan berjaya dengan cemerlang dalam pelajarannya di dunia dan di akhirat.
“Doa seorang sahabat kepada sahabatnya
yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima Allah s.w.t”
Hadis Riwayat Muslim
Dalam kesibukan sempat lagi Nina dan Dwi menghadiri Konvensyen di Chicago.
Nina di chicago |
No comments:
Post a Comment