Assalamualaikum
Seminggu demam , sakit kepala, sakit kerongkong, batuk dan selesema . Amat menyukarkan pergerakan, melakukan ibadat dsb. Sakit pada saya adalah suatu ujian yang amat sukar saya dihadapi? Mohon dijauhkan dari dugaan ini.
Sakit satu Ujian
atau Kifarah ?Soalan ini akan datanag ketika kita sakit. Terfikir2 dikepala kita... kita
hanya manusia lemah . Sudah pasti ada melakukan kesalahan dalam hidup seharian
. Jadi Tidak salah sekiranya kita beristgfar selalu. Dengan berbuat demikian
hati lebih menjadi tenang.
Dan dalam masa yang sama berdoa , diberikan kesihatan yang baik, diampunkan dosa., diberikan ujian yang mampu dihadapi.
Allah berfirman:
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan
doa permohonan kamu.”
(Surah Ghafir:60)
Adakah setiap doa kita dimakbulkan?
Sukar untuk
dijelaskan. Cuma kita perlu bersangkabaik dengan Allah. Sekiranya apa yang kita
doakan belum dimakbulkan bermakna Allah
masih menguji kita. Atau Allah menangguhkannya. Atau Allah memberi dengan cara
yang berbeza [ bukan sebagaimana yang kita jangkakan].
Teruskan berdoa dan
berharap Hanya Allah Tempat Mengadu.
Nabi SAW
mengingatkan kita tentang mengapa doa ditolak oleh ALLAH, beliau menjelaskan;
“Doa seseorang senantiasa akan dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk
perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak tergesa-gesa.”
Seorang sahabat
bertanya; ‘Ya Rasulullah, apakah dimaksud dengan tergesa-gesa? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tergesa-gesa adalah apabila
orang yang berdoa itu berkata; ‘Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum
juga dikabulkan’. Setelah itu, dia berasa putus asa dan berhenti berdoa.” (HR
Muslim)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete