Friday, November 27, 2015

TWIN [AHA ANA] TURN 14 AND SYUKRI - 17


ASSALAMUALAIKUM











SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEJAYAN CEMERLANG 
DAN KEBAHAGIAAN  BAGI MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT...AMEEN




Monday, November 23, 2015

SAKIT SUATU UJIAN YANG SANGAT SUKAR


Assalamualaikum

Seminggu demam , sakit kepala, sakit kerongkong, batuk dan selesema . Amat menyukarkan pergerakan, melakukan ibadat dsb. Sakit pada saya adalah suatu ujian yang amat sukar saya dihadapi? Mohon dijauhkan dari dugaan ini. 

Sakit satu Ujian atau Kifarah ?Soalan ini akan datanag ketika kita sakit.  Terfikir2 dikepala kita... kita hanya manusia lemah . Sudah pasti ada melakukan kesalahan dalam hidup seharian . Jadi Tidak salah sekiranya kita beristgfar selalu. Dengan berbuat demikian hati lebih menjadi tenang. 

Dan dalam masa yang sama berdoa , diberikan kesihatan yang baik, diampunkan dosa., diberikan ujian yang mampu dihadapi.

Allah berfirman:
 “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenan doa permohonan kamu.”
(Surah Ghafir:60)

Adakah setiap doa kita dimakbulkan?
Sukar untuk dijelaskan. Cuma kita perlu bersangkabaik dengan Allah. Sekiranya apa yang kita doakan belum dimakbulkan bermakna  Allah masih menguji kita. Atau Allah menangguhkannya. Atau Allah memberi dengan cara yang berbeza [ bukan sebagaimana yang kita jangkakan].

Teruskan berdoa dan berharap Hanya Allah  Tempat Mengadu.

Nabi SAW mengingatkan kita tentang mengapa doa ditolak oleh ALLAH, beliau menjelaskan; “Doa seseorang senantiasa akan dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturahim dan tidak tergesa-gesa.”


Seorang sahabat bertanya; ‘Ya Rasulullah, apakah dimaksud dengan tergesa-gesa? Rasulullah SAW menjawab: ‘Tergesa-gesa adalah apabila orang yang berdoa itu berkata; ‘Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan’. Setelah itu, dia berasa putus asa dan berhenti berdoa.” (HR Muslim)




Sunday, November 8, 2015

TWO FLY

ASSALAMUALIKUM






LUQMAN
MISS YOU VERY MUCH




Masa terus terlalu. 
Alhamdulilah  diberikan kesihatan yang baik, anak-anak yang baik dan kecukupan yang tidak terhitung. Semoga kebahagian ini berterusan dunia dan akhirat


Sunday, November 1, 2015

SPM 2015

ASSALAMUALAIKUM



Terasa cepat masa berlalu... Acik menduduki  SPM hari ni.

Cuaca baik hari ni- Alhamdulilah


Semoga acik diberi kesihatan yang baik .
Semoga acik dapat menjawab dengan  terbaik dan tepat seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. 
Semoga tercapai cita-cita acik.
Semoga acik  menjadi muslim yang baik.
Semoga acik menjadi anak yang soleh.
Aamin Ya Rabb
Hari ni hantar Acik ke sekolah
Macam biasa...bila anak-anak menduduki peperiksaan , debar mereka juga kami  rasai. So tak benarkan acik naik motor ke sekolah hari ini. Sepanjang perjalanan digunakan sebaiknya menasihati acik dan berbual-bual yang baik2 sahaja. 

Trust him and keep praying for him.



Kembar pun exam hari ni.



Semoga Aha dan Anna diberi kesihatan yang baik .
Semoga Aha dan Anna dapat menjawab dengan  terbaik dan tepat seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. 
Semoga tercapai cita-cita Aha dan Anna.
Semoga Aha dan Anna  menjadi muslim yang baik.
Semoga Aha dan Anna menjadi anak yang solehah.
Aamin Ya Rabb


Fightin... Aha dan Anna


NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...