Friday, May 22, 2015

Mak.....

Assalamualikum.

Nak bercerita pasal mak hari ini.

Tahun ni umur mak 89 tahun.
Alhamdulilah mak diberi kesihatan yang baik. Ingatan mak sangat tajam, mampu mengurus diri dan dapat beribadat dengan baik.

Mak telah diduga dgn kesusahan yang amat berat sejak di awal usia lagi. Kehilangan ayah, tak mampu untuk bersekolah, berkahwin dalam usia yang muda dan membesarkan anak-anaknya yang ramai dalam serba kekurangan. Mak  dikurniakan zuraiat yang ramai . Mak diduga juga dgn karenah anak2 , menantu dan cucu2. Mak tetap sabar. Semoga mak memaafkan kami dan menghalalkan segalanya . 

Mak bersama adiknya Busu Nyonya.

Mak bersama keluarga cucu sulongnya Fadilah@Kak Chaq. 



Mak bersama pemandu peribadinya.


Mak gembira kerana anak-anak mak berjaya dalam kehidupan masing-masing.


Hari ni mak di masukkan ke hospital sekali lagi atas kesukaran bernafas. Doa kupanjatkan pada Allah agar mengasihani ibuku ini dan tetapkan dia dalam iman dan redha dengan ujian Allah ini.




25 May2015:  
Mak telefon saya meminta datang melawat dia di rumah adik pada hari Jumaat 29 May2015. Saya bersetuju dan berjanji untuk datang pada hari tersebut

26 May 2015:

Mak telefon saya meminta saya datang pada hari ini. Tak nak menghampakan mak saya bersetuju untuk datang semasa waktu rehat tengahari. Apa sahaja permintaan mak, akan diutamakan demi menggembirakan mak. Dengan harapan sekiranya sudah sampai masa mak nanti, tidak timbul rasa terkilan dihati saya.

27 May 2015 pagi:

Adik telefon,  mak dimasukkan ke hospital sekali lagi disebabkan kesukaran bernafas. Esok saya perlu cuti.


Doa kupanjatkan pada Allah agar mengasihani ibuku ini dan tetapkan dia dalam iman dan redha dengan ujian Allah ini.

No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...