ASSALAMUALAIKUM
Ramai yang gagal membezakan antara:
teguran dengan cemuhan,
nasihat dengan cercaan,
pandangan dengan kritikan,
cadangan
dengan tohmahan
Akhirnya ia merosakkkan adab perbezaan pendapat dan
mengusutkan tali ukhuwah.
Akhirnya timbul rasa sakit hati, marah dan seterusnya akan
mengambil langkah yang lebih drastik lagi yang dirasakan boleh menjurus kepada:
Merungkai masalah
Mendapatkan penjelasan
Memalukan lawan
Menunjukkan sapa yang benar
Memuaskan hati sendiri.
Manusia yang dapat bertindak mengawal kemarahan, nberfikiran
positif, mengambil tindakan yang bersesuaian- muzakarah/berbincang dalam
suasana yang ‘cool’ sahaja akan mencapai semua yang dinyatakan di atas.
Sebaliknya bagi mereka yang berjaya ditawan oleh Syaitan
Durjana kerana MARAH ITU SAHABAT SYAITAN maka mereka kan mengambil tindakan
yang memalukan diri mereka sendiri.
Apabila kita ditegur, kita perlu kawal emosi. Jangan
bertindak semasa marah. Apa pun situasi jaga perlakuan, jangan sampai perkataan
yang kita keluarkan dari mulut atau JARI kita (melalui email, whataps dsb)
melukakan dan menggores perasaan orang lain. Apatah lagi kita semua perkataan
itu hanya sangkaan kita semata-mata.
Ini akan memalukan diri sendiri, mengundang fitnah dan
seterusnya menyebabkan orang2 bergosip tentang sesuatu yang tidak benar.
Ditambah lagi dengan niat yang tidak baik seperti untuk mendapat sokongan dan simpati kawan-kawan.
Carilah Jalan Penyelesaian demi mencari kawan bukan lawan.
Kita akan rasa tenang dan bahagia menjalani hidup sekiranya kita berfikiran
begini.
Firman Allah dalam Surah AL Hujurat
Ayat 12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian
dari sangkaan itu adalah dosa .
No comments:
Post a Comment