Friday, March 27, 2015

Fightin...Dayah

Hidayah sedang berusaha keras utk menghadapi final exam year 2. Melihat dia belajar dengan timbunan notanya...ah...kesian . dalam masa yang sama doa ku panjatkan kepada Allah agar memberikan dia kemudahan dalam belajar , kesihatan yang baik, dapat menjalani peperiksaan dengan baik seterusnya lulus dengan cemerlang. Abah sangat risau dgn keselamatan Dayah kerana tinggal sendirian di rumah sewanya sepanjang minggu peperiksaan. Semua housemate Dayah adalah pelajar senior dan mereka dah balik kg kerana dah abis exam. Abah ambil cuti seminggu menemani Dayah. Semoga Dayah lebih bersemangat dan tenang dalam menghadapi peperiksaan nanti. Ameen

.

3 April 2015 : Alhamdulilah... Congrats Dayah

Luqman n Tyson

Byk betul gambar kucing abng Luqman dalam phone umi.  Nak delete sayang pulak. So share kat sinilah.

Wedding Mohd Zahid Irman bin Mohd

Phone memory dah full so uploadlah gambar2 semasa wedding angah acik pd pertengahan 2014

Next wedding : Siti Syuhada

Comel2 anak saudara saya. Alhamdulilah. Next wedding in Oct  2015...this beautiful Dr.will marry a handsome Dr. In sya allah

Kenduri Aatiqah 21 Mac 2015 _ 28 Mac2015

Alhamdulilah majlis berjln lancar. Kak long Aatiqah bertemu jodoh orang Melaka

28 Mac 2015 - serba merah

Monday, March 16, 2015

SYAITAN MENANG BESAR BILA….KITA GAGAL MENGAWAL MARAH.

ASSALAMUALAIKUM


Ramai yang gagal membezakan antara:

teguran dengan cemuhan,
nasihat dengan cercaan,
pandangan dengan kritikan,
                                                         cadangan dengan tohmahan

Akhirnya ia merosakkkan adab perbezaan pendapat dan mengusutkan tali ukhuwah.
Akhirnya timbul rasa sakit hati, marah dan seterusnya akan mengambil langkah yang lebih drastik lagi yang dirasakan boleh menjurus kepada:

 Merungkai masalah
Mendapatkan penjelasan
Memalukan lawan
Menunjukkan sapa yang benar
Memuaskan hati sendiri.

Manusia yang dapat bertindak mengawal kemarahan, nberfikiran positif, mengambil tindakan yang bersesuaian- muzakarah/berbincang dalam suasana yang ‘cool’ sahaja akan mencapai semua yang dinyatakan di atas.

Sebaliknya bagi mereka yang berjaya ditawan oleh Syaitan Durjana kerana MARAH ITU SAHABAT SYAITAN maka mereka kan mengambil tindakan yang memalukan diri mereka sendiri.
Apabila kita ditegur, kita perlu kawal emosi. Jangan bertindak semasa marah. Apa pun situasi jaga perlakuan, jangan sampai perkataan yang kita keluarkan dari mulut atau JARI kita (melalui email, whataps dsb) melukakan dan menggores perasaan orang lain. Apatah lagi kita semua perkataan itu hanya sangkaan kita semata-mata.

Ini akan memalukan diri sendiri, mengundang fitnah dan seterusnya menyebabkan orang2 bergosip tentang sesuatu yang tidak benar. Ditambah lagi dengan niat yang tidak baik seperti  untuk mendapat sokongan dan simpati kawan-kawan.


Carilah Jalan Penyelesaian demi mencari kawan bukan lawan. Kita akan rasa tenang dan bahagia menjalani hidup sekiranya kita berfikiran begini.

Firman Allah dalam  Surah AL Hujurat Ayat 12

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa .


NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...