Tuesday, August 12, 2014

NINA dan PENANTIAN


Assalamualikum

Penantian suatu Penyiksaan . Ungkapan yang sering kita dengar dan akan kita ingat apabila ianya berlaku kepada kita.

Bukan Nina sahaja yang dalam penyiksaan menantikan tiket dan peruntukan kewangan untuk ke US, kami sekeluarga juga terasa. 

Kerisauan kami tentang ini mengatasi kerisauan kami tentang  Nina yang akan meninggalkan kami jauh di perantauan.... beribu km. Takdir Allah, budak gembeng ni pergi tempat yang  lebih jauh dari abang. ...

Kami mengharapkan perancangan Nina adalah  merupakan  takdir yang Allah tentukan. Semoga Allah membantu dia dengan memudahkan segala urusannya ,  selamat sampai di Nebraska Lincoln, USA,  berjaya mengatasi segala cabaran dan rintangan sepanjang pengajiannya, gembira menikmati keindahan ciptaan Allah, bersyukur dengan segala kurniaan Allah , berusaha sedaya upaya dalam pengajiannya  seterusnya berjaya dengan cemerlang  di dunia dan akhirat.

Itu impian kami sebagai ibubapa terhadap anak-anak kami: 

Itu doa kami sebagai  ibubapa bagi setiap anak-anak kami: Nina, Luqman, Hidayah, Syukri, Faraha dan Farhana.

Itu juga harapan setiap anak-anak kami.



Raya 2014

colorful - raya theme


Nur Amanina : Cahaya Harapan Kami


Dia akan berada jauh dari kami. Sesungguhnya hanya Allah tempat kami berharap. 

Alhamdulilah , ditakdirkan oleh Allah , Nina berpeluang  menuntut ilmu di University Of Nebraska-Lincoln,USA . 

Hasbunallahu wa ni’mal wakiil, ni’mal maulaa wa ni’man nashiir.


“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung”


Ya  Allah perliharalah anak kami ini setiap masa dan ketika

Ya Allah lindungilah dia setiap masa dan ketika

Ya Allah bantulah dia setiap masa dan ketika.

Ya Allah rahmatilah setiap masa dan ketika.



anna quotes: motivated


aha quotes: warning
Sebagai ibubapa, kita sebenarnya pandai berpura-pura...

sedih , nervous , risau ........semua emosi ini,  kita tak mahu tunjukkan .

gembira, prihatin, bantu buat persiapan mereka, buat kenduri....semua kita tunjukkan. Seolah2 kita tidak bersedih atas ketiadaan mereka di sisi...

Kenapa?

Sebabnya..
Kita sangat menyayangi mereka.
Kita tidak mahu mereka susah hati
Kita tidak mahu mereka bersedih.
Kita tidak mahu mereka melepaskan peluang baik ini
Kita mahukan yang terbaik buat mereka.

ummi dan abah akan selalu merindui mu.
Begitu juga dengan adik2 , abang dan Dayah.

ummi


No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...