Assalamulaikum.
Kegembiraan aha mendapat telefon berakhir setelah 2 minggu
menggunakannya. Pencuri melarikannya.
Telefon brand lenovo A850 skrin
5" dibeli dgn duit yg dikumpul sekian lama.
Menangis aha ........
Ku yakinkan aha semua yg
berlaku ada sebabnya....mungkin ALLAH nak
Aha lebih fokus belajar dan tidak buang masa sbb Aha budak baik……
Reda tangisnya mungkin redha menerima ujian ini.
Semoga aha menjadi anak yg
solehah Dan berjaya di dunia Dan akhirat.
Tak lama selepas kejadian kecurian itu pencuri dtg lg . Kali
ini nak cuba buka tingkap bilik Acik tp Acik tersedar.
Kami mengunci semua pintu2
pagar sebg usaha Dan berdoa memohon Allah melindungi kami sekeluarga Dr sebrg
kejahatan. Ameen
Sedih juga memikirkan ada orang yang masih tidak sedar akan
pembalasan Allah kepada setiap dosa yang dilakukan….
Firman Allah SWT dalam
surah al-Maidah ayat 38 :
Dan orang lelaki
yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan
mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga
sebagai) suatu hukuman pencegahan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah maha
berkuasa, lagi maha bijaksana.
Sabda Rasulullah
Barangsiapa yang melakukan suatu mudharat kepada orang lain maka Allah akan
memudharatkan dengannya, dan barangsiapa yang menyusahkan maka Allah akan menyusahkan
ke atasnya. (Riwayat Tirmizi)