Assalamualikum
Pagi Ahad 25 Jan 2014 , Allah menyelamatkan anak-anak dan
hartabenda kami dari kebakaran. Allahamdulilah.
Awal pagi, kami
merancang untuk sarapan di luar dengan anak-anak. Kami, Hidayah dan Aha.
Acik dan ana nak sambung tidor- aktiviti hujung minggu. Suami merancang untuk
pergi beriadah selepas sarapan. Dalam perjalanan menuju ke tempat
tersebut, tiba-tiba suami menukar haluan. Nak makan kat kedai lainlah.......katanya.
Selepas makan, saya rasa malas nak ke tempat riadah yang dimaksudkan kerana
jauh dari kedai makan tersebut. Saya mengajak balik sahaja. Dalam perjalanan
balik kami bercadang untuk singgah di pasar Minggu Telok Mas. Sepanjang
perjalanan kami mendengar ceramah di Radio IKIM tentang SEDEKAH.
SEDEKAH …memang patut digalakkan kepada anak-anak kerana ia mengajar
kita tentang kasih-sayang, berkongsi kesenangan dan prihatin.
Tips untuk galakkan anak-anak bersedekah :
sediakan tabung sedekah
di rumah. Apabila anak-anak ada duit baki belanja sekolah, mereka boleh masukkan
dalam tabung itu. Setelah banyak, ibubapa boleh sedekahkan ke pihak yang memerlukan seperti
masjid, pusat tahfiz dsb. Idea yang baik.....
Selepas membeli barangan dapor
di Pasar Minggu tersebut , kami pun pulang ke rumah. Terbau benda hangit semasa
saya membuka pintu rumah. Alangkah terkejutnya saya , melihat asap penuh di
dalam rumah. Rupanya suami lupa untuk memadamkan api gas yang memanaskan lauk
semalam. Dah rentong periuk. Anna dan achik masih tidor.
Allahuakbar…..Alhamdulilah…….semuanya
selamat.
Kesian abah …..terkejut dan
rasa bersalah sangat …
Setelah semua tingkap dan
pintu di buka untuk menghilangkan asap di dalam rumah, saya lihat semua
barang-barang yang di beli di pasar minggu , ditinggalkan di pintu rumah
termasuk kunci kereta……….ini mesti abah dah panik.
Sementara menunggu keadaan
asap dalam rumah berkurangan…saya bertanya suami.
Adakah dia bersedekah kat
orang buta di pasar minggu tadi? …. YA jawab beliau. Begitu juga saya..
Alhamdulilah.
Sedikit harta diberikan, banyak harta yang di selamatkan. Semoga
Allah sentiasa memberikan kami hidayahnya dan perlindungannya. Ameen.
Hadis dari Abu Hurairah r.a
:
Aku mendengar Rasulullah
s.a.w bersabda: Kekayaan itu bukanlah kerana mempunyai banyak harta tetapi
kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (sahih
Muslim)