Tuesday, February 19, 2013

CERITA ANA


Assalamualaikum

Sekolah Ana dan Aha  menjemput ibubapa ke sekolah bagi membincangkan pencapaian anak-anak dalam Ujian Pengesanan UPSR pada hari sabtu awal Feb 2013. Alhamdulilah saya dapat menghadirinya. Pada saya,  terlalu awal untuk menilai kemampuan mereka .

Dimulakan dengan taklimat oleh Guru Besar dan guru panitia bagi setiap subjek. Guru Besar mereka baru saja ditukarkan di situ dan saya pernah "having bad experience"  dengan beliau menyebabkan ada rasa tidak puashati dalam hati saya. (Ya Allah ampunkan aku ) . Cara dia memberikan taklimat kepada IbuBapa adalah sama saja  dengan Taklimat kepada murid-murid  terutama nada suaranya. Ianya menambahkan lagi rasatidak puas hati saya.

Apabila tiba masa soal-jawab , saya pun menyoal lah... 2 kali .

Dalam perjalanan balik, Ana menyuarakan rasa tidak puashatinya.

Ana : Kenapa Ummi tanya soalan , malulah Ana. 

Reaksi Aha bertentangan dengan Ana. Aha proud of me.

Aha : Kawan Aha kata , mak awak pandai speakinglah. Padanlah awak boleh speaking.

  

Suatu hari , semasa berkemas rumah ,saya terjumpa Diari Ana. Salah satu tulisannya adalah berkenaan dengan Hari perjumpaan Ibubapa itu. Catatan Ana berbunyi begini:

Hari ini ada perjumpaan Ibubapa di sekolah. kami pergi bersama Ummi. Setelah GuruBesar  selesai memberikan ucapan dan ibubapa dibenarkan untuk bertanya soalan, saya lihat Ummi angkat tangan dan bertanyakan soalan. Saya rasa sungguh malu dengan kawan-kawan dan guru. Ummi telah memalukan saya.

Moral: Jangan ajak Ummi ke sekolah.

Ada Moral pada catatan diarinya.......



“ Children are the anchors that hold a mother to life”




“While we try to teach our children all about life, our children teach us what life is all about.”




No comments:

Post a Comment

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...