Thursday, December 20, 2012

TWIN dan KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2012

ASSALAMUALAIKUM 

Semalam 20.12.12 keputusan UPKK ( Ujian Penilaian Kelas KAFA) diumumkan. Kesian kembar, saya dan suami terlupa untuk ke sekolah agama untuk mengambil keputusan mereka disebabkan ada lecture  sehingga 5pm.

Dengan nada kecewa, mereka suruh kami ambil results mereka tahun depan je.. ...Selepas Maghrib, saya telefon ustazah sekolah tersebut..... Keputusan ada bersama beliau...dan ......


Alhamdulilah... Farhana dapat 8A dan Faraha dapat 7A 1B..


Ku panjatkan syukur kepada Allah ........atas kurniannya ini. Semoga keputusan ini  menjadi motivasi bagi mereka terus berusaha untuk mendapat  kejayaan untuk di dunia dan akhirat.

Tahniah anak-anakku...Ana dan Aha 





  
Cuba perhatikan kesemua gambar-gambar ini , 
diambil pada masa yang berlaian tetapi mereka selalu dalam position yang sama.

Aha sebelah kiri dan Ana sebelah kanan ........


3 comments:

  1. Saalam , saya teruja pertama kali menjejak jari di blog puan ini.. utk pengetahuan puan, anak saya yang sulung pun telah menduduki UPKK tapi masih belum dpt keputusan.. Apapaun saya ucapkan tahniah kepada puan dengan kejayaan anak2 puan. ia menjadi sumber inspirasi saya untuk mendidik anak2 saya seperti puan...Doakan saya ye...

    ReplyDelete
  2. Wkslm. Semoga anak-anak puan juga berjaya dan menjadi anak2 yang soleh. Berusaha dan berdoalah sentiasa, semoga Allah membantu kita dalam mendidik anak2 kita dengan sebaik-baiknya. Ameen

    ReplyDelete

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...