Assalamualaikum.
Nina dan Ana |
Nina dan Aha |
SPM dah pun tamat. Nina dah mula bercuti . Ini bermakna Nina telahpun meninggalkan Penghujung Benua Asia (Pontian). Kami akan datang lagi ............ Mac 2013 apabila Keputusan SPM diumumkan nanti. Terlalu cepat masa berlau. Terasa bagai baru semalam Nina menangis dan merayu-rayu untuk kami mengeluarkan dia dari MRSM ini.Sebagai Ibubapa kami merasakan Insyaallah Nina akan mendapat nilai-nilai yang baik bagi membentuk diri menjadi insan yang lebih baik di sini, dengan kawan-kawan yang cemerlang dan persekitaran yang baik. Alhamdulilah setelah dua tahun (2011-2012), Nina nampak sedikit matang dan dapat menyesuaikan diri di sini. Alhamdulilah bersyukur kepada Allah kerana mengilhamkan ini kepada kami dan memberi kekuatan kami dalam menangani ketidakseimbangan emosi Nina . Juga terimakasih tidak terhingga kepada barisan guru-guru dan kawan-kawannya.
Memandangkan Nina akan bercuti lama ( sehingga Mei/Julai 2013 anggaran saya ) seperti Abang Luqman dan Hidayah jadi saya tidaklah merancang untuk menghantar dia ke kelas memandu terlalu awal sebaliknya mencadangkan dia pergi mengerjakan Umrah bersama abah dan rombongan Kak Idah /Abang Fawzal. pada Feb 2013. Nina sangat excited.
Pada 14.12.12 Jumaat yang berkat dan bertuah, Nina mendapat khabar gembira , ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di INTI International U bagi program PraSPM MRSM 2012. Alhamdulilah , Syukur...syukur..syukur ya ALLAH.
Firman Allah dalam surah al-nahl ayat 114:
ÙˆَٱشۡÚªُرُواْ Ù†ِعۡÙ…َتَ ٱللَّÙ‡ِ Ø¥ِÙ† ÙƒُنتُÙ…ۡ Ø¥ِÙŠَّاهُ تَعۡبُدُونَ
“Dan bersyukurlah atas nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata”
Kepada anak-anakku dan semua pembaca: Bersyukurlah atas nikmat yang diberikan walaupun sekecil mana , supaya:
- Nikmat yang dikurniakan Allah itu kekal. Ditakuti jika kita tidak bersyukur segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita akan hilang
- Nikmat yang dikurniakan Allah itu bertambah kerana itulah janji Allah dalam Surah Ibrahim : 7 Maksudnya:
“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.”
Lalu, masih bolehkah kita tidak bersyukur atas semua nikmat yang Allah berikan itu?
“Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan”
Sesuatu
nikmat menjadi berpanjangan kepada kita apabila kita bersyukur dan
syukur itu adalah pengikat kepada sesuatu nikmat. Dengan bersyukur insyaalah akan menjadikan
sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah itu berterusan dan kekal kepada
kita. Sebaliknya, apabila kita tidak bersyukur, nikmat itu akan hilang
dan lenyap. Nauzubillah...
Semoga Nina terus berjaya mencapai cita-citanya dan menjadi anak solehah dan muslimah yang baik. Bahagia di dunia dan akhirat . Itulah doa dan harapan kami sepanjang masa dan ketika. Semoga tidak melupakan kami setiap kali selepas solatnya. Ameen....
Semoga Nina terus berjaya mencapai cita-citanya dan menjadi anak solehah dan muslimah yang baik. Bahagia di dunia dan akhirat . Itulah doa dan harapan kami sepanjang masa dan ketika. Semoga tidak melupakan kami setiap kali selepas solatnya. Ameen....