Saturday, November 11, 2023

10-12Nov23

ASSALAMUALAIKUM
Byk rancangan ni.. Setelah berjumpa tenant rumah mak di Taman Setia,  kami melawat bang long di Lagong. Alhamdulilah keduanya sihat. 

Around 5 kami bertolak ke Ipoh. Hujan, kesesakan di Hw menyebabkan  kami mengambil keputisan bermlm di KU3 Hotel di Tapah.  Pagi2 lagi dah lapar dan mencari kedai sarapan kami terjumpa spot jogging ni. Perak masih banyak lokasi yang kehijauan dan alam semulajadi yang  menenangkan.

Setelah checkout kami meneruskan perjalanan ke Ipoh untuk mengambil laporan siasatan kemalangan tok yah. 
Nampak buah fav kami, apa lagi.

Selesai makan meneruskan perjalanan balik Melaka. Penat sgt sebab banyak tempat yang jem. Kita decide to overnight di Bangi. Terus booking penginapan di bookingdotcom.

Penginapan apartment 3bed3bath dgn.fasiliti yang bagus. Terletak berhampiran Tol Putra Perdana

Sidebab Hudzaifah dan Nina datang tido di sini. HapPy dapat berjumpa mereka. Sempat dinner  bersama



Esoknya selepas checkout Nina Najjmi belanja makan di The Gerato. Italian Restaurant.

Singgah solat di masjid At Taqwa berhampiran dgn reataurant tu. Masjid baru cantik dan selesa.

Selepas tu meredah jem semula ke Melaka. Waze kata 2.30hrs. Bothsides highway jem.

Rindu pulak dgn sinonet Sofia. 

Sedang berkira2 bila nak g jumpa family di kuala Terengganu tu.







Friday, October 27, 2023

Oktober 2023

Assalamualaikum

Berbagai  peristiwa berlaku dalam bulan ni. 
26.10 Tok yah  accident. Alhamdulilah Tok Yah dan Opah selamat  walaupun keadaan  kereta teruk.
Kami bergegas balik ke Gopeng tetapi jem yang teruk dalam perjalanan menyebabkan kami bermalam di Tapah. En Suami dah tak larat nak memandu.   Kami booking hotel secara online. KU 3 Hotel. Hotel kepunyaan melayu 3 star. Bersih, selesa dan kedudukannya di tengah bandar.

Tapah ni bandar lama.

20.10 Aisya Nadraa pulang ke kampung kami buat pertama kali. Sangat baik dan mudah menguruskan dia. Semoga Aisya menjadi anak solehah,
To be continue...malas pulak nak sambung.


Saturday, October 7, 2023

Grow Old Together.

Semoga kami kekal bahagia hingga ke Jannah

Bye Ha


Cantik pulak pic taken by aha ni. Simpan sini. 

Ni nak balik selepas hantar barang aha di UiA Pagoh.

Banyak betul barang dia, macam nak pindah rumah. Padahal satu bilik pun kongsi berdua. 

Kali ni Aha dapat bilik di Ground Floor. So x lah teruk mengangkat barang

Semoga Aha berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupannya. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin 

Luqman, Adda & Ammar Compilation Pic

Friday, October 6, 2023

Budak Intern Yang Pemurah

Assalamualaikum

Ptg smlm 6.10.2023;

Acik : Ummi jom g makan.

Saya: Malaslah cik

Acik: Jomlaa ...abah dan Aha pun nak g.

Saya: Makan kat mana.

Acik: Kat Merlimau je. X jauh pun. Jomla.. Acik belanja. Acik dah dapat elaun intern.

Saya: Ok jom. Ummi siap jab.

Gambar makanan lain Aha yang snap. Adoi lupa minta.


Sharing pic2 ni di whatapp family dgn  Caption Acik belanja makan...Everyone reply ..wow Alhamdulilah

PM abang dan kakaknya , dia dapat elaun intern RM600 belanja kami RM110..dengan emoji sedih.

Semua pun terharu dengan effort dia.

 Semoga Allah murahkan rezekikan acik. 

Alhamdulilah, dia practicekan:

1. Sharing rezeki wpun sedikit yg dia dapat.
2. Cuba menggembirakan ibubapa dan keluarga.
3. Selalu bersyukur kerana janji Allah. Sekiranya kita bersyukur Dia akan tambah lagi rezeki.
4. Create good moments kerana time flies

Alhamdulilah.
Firman Allah:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?.  

Pertanyaan Allah yang selalu mengingatkan utk selalu bersyukur

Alhamdulilah. Semoga Allah merahmati dan melindungi anak, menantu dan zuriat keturunanku. Aamiin Ya Rabb

Happiness Is Subjective.

Assalamualaikum.

Pagi ni buat sarapan BuskBear Ummi untuk acik dan Aha. 

Kami sarapan di luar. Lepas sarapan , abah ajak tengok Sofia di Muar. Rindu Sofia padahal baru 1 hari je x jumpa dia.

Bawa Sofia  jalan2 di tempat rekreasi Tanjung Emas. Cantik tempat ni.

Happy Sangat dia. Begitu juga dgn kami.



Happy betul Sofia. Kami pun happy je melayan dia. Otw balik , dia dah tertido..kami meneruskan aktiviti hari.

 Menghantar Aha balik ke Uia Pagoh...
Banyak betul barang Aha ni macam nak pindah pulak








Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...