Lama tidak menulis.
Hari ni acik membuat satu keputusan yang besar. Kami berdua turut sama memberi sokongan. Sepjg malam dan perjalanan kami berdoa" Ya Allah. Sekiranya baik bagi acik permudahkanlah sekira tidak.baik.bagi acik jauhkanlah. Hanya Engkau tempat kami berserah dan kami mohon pertolongan. Aamiin"
Kami di tanya ttg acik. Dia anak bongsu ke?. Mungkin org itu melihat acik dah dewasa tetapi kami sanggup datang dari jauh untuk menemaninya pada saat itu.
Jawapan saya. Dia bukan anak bongsu. Anak ke 4. Kami ada 6 anak dan kami mmg treat setiap anak kami macam anak bongsu. Selalu support mereka dan cuba bersama2 dalam apa pun keadaan mereka selagi ada hayat dan rezeki kesihatan, kemampuan. Mengambil kesempatan atas anugerah Allah kepada ibubapa yang dijanjikan doa yg mustajab maka kami sentiasa mendoakan mereka takmkira masa dan ketika apatah lagi setiap kali solat untuk kesejahteraan mereka.
Semoga Allah membantu kami menjadi hambanya yang bersyukur dan kekal dalam iman. Aamiin