Tuesday, April 8, 2025

Kunjungan yang Meninggalkan Kesan


Assalamualaikum

Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.

Kami adalah rakan sekerja sejak sekian lama. Beberapa kali sebelum ini, dia pernah menyuarakan hasrat untuk berbesan dengan keluarga kami. Namun, setiap kali perkara itu dibangkitkan, kami sering merasakan diri tidak layak. Anak beliau seorang Hafiz, imam, dan memiliki banyak ilmu agama, sedangkan anak kami biasa-biasa sahaja. Maka setiap kali dibincangkan, saya hanya mampu berkata bahawa jodoh anak-anak akan datang pada waktu yang ditentukan oleh Allah.

Namun, kunjungan kali ini amat berbeza. Dengan nada yang tenang, dia memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan beliau menghidap penyakit buah pinggang tahap 4. Dan katanya, dia mungkin hanya ada lebih kurang dua tahun jangka hayat.

Allahu… saya benar-benar terkejut dan tergamam mendengarnya.

Beratnya rasa di hati. Tak sangka dalam senyum dan gurau, ada cerita duka yang dia simpan.

Ya Allah, pinjamkanlah kami semua kesihatan yang baik hingga ke akhir hayat. Berikanlah kekuatan kepada sahabatku menghadapi ujian ini dengan tabah dan redha.

Monday, April 7, 2025

Pesanan Untuk Anak-anakKu

Bismillahirrahmanirrahim Untuk anak-anak ummi tersayang: 

Luqman, Hidayah, Nina, Syukri, Aha & Anna

Assalamualaikum anak-anakku,

Ummi tulis surat ini dengan penuh kasih dan rindu. Perjalanan membesarkan kalian adalah satu kenangan yang paling berharga dalam hidup ummi. Tiada kata yang cukup untuk menggambarkan betapa bersyukurnya ummi kerana dikurniakan kalian—penyejuk mata, penawar hati.

Dari tangisan pertama, ke langkah pertama, hingga ke kejayaan-kejayaan kecil dan besar yang kalian capai, semuanya tersemat indah dalam memori ummi. Setiap peluh, air mata dan doa yang ummi titipkan tidak pernah sia-sia. Hari ini, kalian sudah berdikari, melangkah ke alam pekerjaan dan rumahtangga. Alhamdulillah, ummi bahagia melihat kalian menemui jalan masing-masing.

Anak-anakku, Pesanan ummi, jangan pernah lupakan Allah dalam setiap langkah. Jadilah insan yang jujur, bertanggungjawab, penuh kasih sayang dan sentiasa merendah diri. Hormatilah pasanganmu, jagalah keluarga dengan penuh amanah. Dunia ini hanya sementara, jadi carilah keberkatan dalam setiap perkara yang kalian lakukan.

Ingatlah, doa ummi sentiasa mengiringi kalian. Dalam sujud ummi, nama kalian satu persatu ummi sebut—mohon agar Allah lindungi, berkati dan bahagiakan hidup kalian dunia dan akhirat.

Dengan penuh cinta, 
Your One and Only,
Ummi

Bday saya 2025


Gift from Aha

Reach 61..Alhamdulilah. 

Anak menantu bersungguh buat Bday celebration bg saya. Umur dah sampai bonus ni rasa malu untuk meraikan secara berlebihan. Mereka plan dan Allah izinkan . Cantik sungguh decoration bday party nekmi..alhamdulilah.

Hati ini dipenuhi rasa syukur dan bahagia bila melihat anak-anak berjaya melangkah ke alam pekerjaan dan membina kehidupan bersama pasangan masing-masing. Segala penat lelah, doa dan pengorbanan selama ini terasa berbaloi. Melihat senyuman mereka, mendengar khabar gembira dari mereka—itulah hadiah paling bermakna buatku. Semoga langkah mereka sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah. Tiada yang lebih aku pinta selain kebahagiaan mereka yang berpanjangan.

Kunjungan yang Meninggalkan Kesan

Assalamualaikum Kunjungan sahabat baik semasa Hari Raya baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya. Kami adal...