Friday, October 27, 2023

Oktober 2023

Assalamualaikum

Berbagai  peristiwa berlaku dalam bulan ni. 
26.10 Tok yah  accident. Alhamdulilah Tok Yah dan Opah selamat  walaupun keadaan  kereta teruk.
Kami bergegas balik ke Gopeng tetapi jem yang teruk dalam perjalanan menyebabkan kami bermalam di Tapah. En Suami dah tak larat nak memandu.   Kami booking hotel secara online. KU 3 Hotel. Hotel kepunyaan melayu 3 star. Bersih, selesa dan kedudukannya di tengah bandar.

Tapah ni bandar lama.

20.10 Aisya Nadraa pulang ke kampung kami buat pertama kali. Sangat baik dan mudah menguruskan dia. Semoga Aisya menjadi anak solehah,
To be continue...malas pulak nak sambung.


Saturday, October 7, 2023

Grow Old Together.

Semoga kami kekal bahagia hingga ke Jannah

Bye Ha


Cantik pulak pic taken by aha ni. Simpan sini. 

Ni nak balik selepas hantar barang aha di UiA Pagoh.

Banyak betul barang dia, macam nak pindah rumah. Padahal satu bilik pun kongsi berdua. 

Kali ni Aha dapat bilik di Ground Floor. So x lah teruk mengangkat barang

Semoga Aha berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupannya. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin 

Luqman, Adda & Ammar Compilation Pic

Friday, October 6, 2023

Budak Intern Yang Pemurah

Assalamualaikum

Ptg smlm 6.10.2023;

Acik : Ummi jom g makan.

Saya: Malaslah cik

Acik: Jomlaa ...abah dan Aha pun nak g.

Saya: Makan kat mana.

Acik: Kat Merlimau je. X jauh pun. Jomla.. Acik belanja. Acik dah dapat elaun intern.

Saya: Ok jom. Ummi siap jab.

Gambar makanan lain Aha yang snap. Adoi lupa minta.


Sharing pic2 ni di whatapp family dgn  Caption Acik belanja makan...Everyone reply ..wow Alhamdulilah

PM abang dan kakaknya , dia dapat elaun intern RM600 belanja kami RM110..dengan emoji sedih.

Semua pun terharu dengan effort dia.

 Semoga Allah murahkan rezekikan acik. 

Alhamdulilah, dia practicekan:

1. Sharing rezeki wpun sedikit yg dia dapat.
2. Cuba menggembirakan ibubapa dan keluarga.
3. Selalu bersyukur kerana janji Allah. Sekiranya kita bersyukur Dia akan tambah lagi rezeki.
4. Create good moments kerana time flies

Alhamdulilah.
Firman Allah:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?.  

Pertanyaan Allah yang selalu mengingatkan utk selalu bersyukur

Alhamdulilah. Semoga Allah merahmati dan melindungi anak, menantu dan zuriat keturunanku. Aamiin Ya Rabb

Happiness Is Subjective.

Assalamualaikum.

Pagi ni buat sarapan BuskBear Ummi untuk acik dan Aha. 

Kami sarapan di luar. Lepas sarapan , abah ajak tengok Sofia di Muar. Rindu Sofia padahal baru 1 hari je x jumpa dia.

Bawa Sofia  jalan2 di tempat rekreasi Tanjung Emas. Cantik tempat ni.

Happy Sangat dia. Begitu juga dgn kami.



Happy betul Sofia. Kami pun happy je melayan dia. Otw balik , dia dah tertido..kami meneruskan aktiviti hari.

 Menghantar Aha balik ke Uia Pagoh...
Banyak betul barang Aha ni macam nak pindah pulak








Tuesday, October 3, 2023

Jogging Belakang Rumah Je

Heartbreak


Assalamualaikum

Pokok ni menyebabkan saya rasa sedih...

Tiba2 je dia mati...mayb akar diserang anai2.

Pokok ni mak yang tanam. Banyak kali dah berbuah. Buahnya besar..


Dah mati pulak. Tak ada kenangan lagi...







Sunday, October 1, 2023

Sofia ...adapting to Susu Formula



Assalamualaikum

JURNAL SOFIA 01.10.23


8.15am  Makan roti canai

9.30am  Minum 1 oz susu mommy dalam botol

10.30am  Tido ..nap je ni

11.00am  Minum 1 oz susu mommy dalam botol.

11.30am  Makan nasi ayam dan Minum air kosong

12.00noon Berak

1.00pm Minum susu formula 1oz

1.45pm Minum 1oz susu formula

2.00pm Makan buah limau mandrain 1 biji dan Minum air kosong

2.30 pm Mkn roti, minum air kosong.

3.00pm Minum 1oz susu formula

3.15 pm  Minum 1oz susu formula

3.30pm Berak lg

3.50pm Tido (1 jammlebih)

5.20pm Minum 3oz susu formula

5.40pm Mommy balik

Alhamdulilah. 

Total minum susu 9oz . 

Berat sofia tak naik agak lama menyebabkan kami risau. Dia memang minum susu sikit sebab tidak berapa suka susu formula. Alhamdulilah ada selera makan. 


Hopefully Sofia getting used to Formula Milk. Yang penting dia sihat, bijak dan solehah. Aamin.


"Ya Allah, aku serahkan diriku kepada-Mu, aku serahkan urusanku kepada-Mu dan aku hadapkan wajahku kepada-Mu dan aku sandarkan belakangku kepada (Kekuasaan) Mu dengan keinginanku dan ketakutanku kepada-Mu, tiada tempat pergantungan dan tiada tempat untuk menyelamatkan diri daripada-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab-Mu yang Engkau turunkan dan aku beriman dengan Nabi-Mu yang Engkau utuskan.”

p/s Gigih nekmi rekod semuanya. Nekmi love you so much Sofia Liyana

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...