Hari ni mengemas tempat jahitan yang sangat menyakitkan mata. Sendiri buat sendiri rasa. Terjumpa surat ni
Bila agaknya surat ni. Ada yg meletakkan surat ni di sini. Selepas baca saya mungkin meletakkannya semula di sini. Tahun 2017 or 2018 ni .
Surat Dr Aha.
Anak2 memang selalu menggunakan perantara ini untuk meminta maaf setiap kali mereka bersalah. Terutama Aha, ana, dayah dan nina.
Bila baca surat tu hmmm . Kekesalan aha tu nampaknya menyebakab dia berusaha sungguh2 dan akhirnya dia mendapat A dalam subjek Sains tersbt semasa SPM.
Alhamdulilah.
Hasrat ibubapa setiap kali menegur adalah demi kebaikan anak2 dan tidak mahu mereka kecewa nanti. Tetapi anak2 rasa mereka mengecewakan ibubapa jika tidak beroleh kejayaan dalam setiap peperiksaan.
Kejayaan anak2 adalah kegembiraan yang tidak boleh dibeli untuk mereka oleh ibubapa. Nilai kejayaan akan dikecapi oleh mereka sebenarnya.
Semoga anak2 ku terus berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Aamiin
Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku Luqman Hafizuddin, Nur Hidayah, Nur Amanina, Syukri Hanif, Nur Faraha dan Nur Farhana dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.