Saturday, November 12, 2022

Istighfarlah

Assalamualaikum

Menjalani Rutin harian yang yang baru sejak akhir2 ni menyebabkan masa banyak digunakan membaca segala info di media sosial..

Terfikir bagaimana nak turn info2 yang menyebabkan kita rasa sedih, demotivated kepada info yg menyedarkan

1. Terbaca kisah kematian trajis anak2 muda. Minda mula berfikir sedihnya ibubapa dia. 

Maka turn it to positif : 
Astaghfirullah
Ya Allah ampunkan aku..bantulah aku mendidik anak2 ku dengan baik dan jadikan mereka anak2 yang soleh dan solehah
Ya Allah ..  lindungilah anak2 ku dari segala bentuk mala petaka, godaan syaitan dan bad circle..Bantulah mereka Ya Allah. Jadikan mereka insan yang baik dan memberi manafaat kepada ummah.
Jauhi mereka dari fitnah kehidupan dan kematian.
Aameen Ya Rabb

Friday, November 4, 2022

Right Time ?

There is no such thing as the "right" time.
Dah over 50s dapt buku ni. Mungkin untuk  baiki perhubungan di hujung usia. Semoga kami bahagia hingga ke jannah. Aameen

Berdoalah selalu:
Bismillah..
Jadikan diriku dikasihi dan  dicintai suamiku, anak2ku , ibuku. Aameen

Kasih sayang perlu diminta kepada Allah kerana Allah yg mengawal segalanya.

Tuesday, October 25, 2022

Aha & Letter

Assalamualaikum.

Hari ni mengemas tempat jahitan yang sangat menyakitkan mata. Sendiri buat sendiri rasa. Terjumpa surat ni

Bila agaknya surat ni. Ada yg meletakkan surat ni di sini. Selepas baca saya mungkin meletakkannya semula di sini. Tahun 2017 or 2018 ni .
Surat Dr Aha.

Anak2   memang selalu menggunakan perantara ini untuk meminta maaf setiap kali mereka bersalah. Terutama Aha, ana, dayah dan nina.

Bila baca surat tu hmmm . Kekesalan aha tu nampaknya menyebakab dia berusaha sungguh2 dan akhirnya dia mendapat A dalam subjek Sains tersbt semasa SPM.

Alhamdulilah.

Hasrat ibubapa setiap kali menegur adalah demi kebaikan anak2 dan tidak mahu mereka kecewa nanti.   Tetapi anak2 rasa mereka mengecewakan ibubapa jika tidak beroleh kejayaan dalam setiap peperiksaan. 

Kejayaan anak2 adalah kegembiraan yang tidak boleh dibeli untuk mereka oleh ibubapa. Nilai kejayaan akan dikecapi oleh mereka sebenarnya.

Semoga anak2 ku terus berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Aamiin

Ya Allah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku Luqman Hafizuddin, Nur Hidayah, Nur Amanina, Syukri Hanif, Nur Faraha dan Nur Farhana dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.




Monday, October 24, 2022

24 Okt 2022

ASSALAMUALAIKUM
Twin dah balik u. Cleanup their room. Missing them already.

Cleanup Acik's Room. Acik dah lama balik UniKL MSI.

Hari ni proses pembersihan rumah. Saya bersih dalam rumah sementara abah bersih luar rumah. Kami dah tinggal berdua. 

Terdetik di hati saya patut mula menulis. Ambil bbrapa buku untuk dapat idea menulis dan  on the computer....and suddenly
 
Abah : Mi jom g tgk Sofia...
Adoi abah ni. 

Abah: Kita berhenti makan dulu. Cer umi google tempat best makan.

Umi : Ok bah.

Mesti dah terasa kosong rumah dan missing the children.. Nasib Dayah dan Sofia dekat..

Bila makan teringat anak2. Dah.makan ke mereka. Start mesaj Ana, aha , acik...  Alhamdulilah semua dah makan.

Anak2 yang lain x mesej kerana dah ada yang care.

Hasil google jumpa Restauran Chinese Muslim di Muar


A few moments later
Betul ke bila rindu buatkan orang rasa lapar. Eceh ceh..



Sunday, October 23, 2022

Happy 3Months Old Sofia

Alhamdulilah. 3 bulan dah. Dah pandai senyum. Mommy dah nak masuk kerje, nekmi pun start jadi pengasuh. Be good ok girl

Oktober 2022. Twin success story

ASSALAMUALAIKUM.
Alhamdulilah. Twin berjaya memandu balik rumah dr universiti mereka dan balik semula ke sana. Time running so fast. 

Ana drive jauh tanpa kami, begitu juga Aha. We watching them thru live location yang mereka hantar. Bersorak2 dan bersyukur bila melepasi simpang yg mengelirukan. 
Ini masa ana balik hari ni 24.10.22. Ke UitM puncak Alam.

Aha reached  dr UIA Pagoh alone. 
Anna otw back home with friends. 

Alhamdulilah.
Syukur Atas nikmatMu ya Allah. 

Thursday, August 18, 2022

19.07.2022. REFLEKSI

Malasnya....
Assalamualaikum. Saya dah semakin malas menulis. Mood menulis semakin kurang. Mencari jawapan kepada kehilangan mood ni. Mungkinkah...
1. Perhatian lebih kepada anak cucu
2. Tiada circle of friends yg bersesuaian
3. Perkara biasa2 sahaja dalm kehidupan.
4. Kurang mencari ilmu
5. Amalan yang tidak membawa kepada arah yg bermanfaat untuk berkongsi.
6. Kurang involvekan diri dalam aktiviti yang positif dan bermafaat. 

Monday, August 1, 2022

New Addition in Family Hadi

24.07.2022 8.43 mlm
Sofia Liyana born. Alhamdulilah
Semoga membesar dgn sihat , menjadi anak solehah yg berjaya dgn cemerlang di dunia dan akhirat. Aameen

Sunday, May 8, 2022

Sedih


Assalamualaikum

Pagi ni dapat message dari sesaorang yang berterimaksih kepada saya atas sumbangan ke atas kenaikan pangkat beliau. dia seorang yang sangat baik dan menyantuni kami , pensyarah veteran ni. Sumbangan saya tu taklah sebesar mana tetapi sikap beliau yang sangat menghargai menyebabkan kita rasa bangga atas usaha kecil kita. Alhamdulilah



Tiba-tiba saya teringatkan sesaorang yang selalu bekerja keras bersama saya suatu dulu. Dialah tangan kanan saya semasa saya menjadi Ketua AUdit Kualiti dulu. Disebabkan keadaan beliau yang kurang sihat, beliau mohon diberi pelepasan dari kerja2 kualiti. Walaupun beliau kurang sihat, dia masih seperti dulu rajin dan kerja- kerja sentiasa dilakukan dengan sempurna. Pada pandangan saya beliau layak untuk mendapat kenaikan pangkat. Bila terima jawapan beliau begini, hati terasa sedih. Rakan-rakan seangkatan dengannya dah ramai yang naik pangkat malah yang buat kerje celus2 pun dah naik. 




Saya berdoa semoga segala urusan dia dipermudahkan dan diberi ketenangan  serta ketabahan dalam menjalani hari-hari mendatang,

Monday, April 4, 2022

Ramadhan Kareem


Syukri berbuka dengan Tok Yah di Gopeng. Happy Tok Yah. Alhamdulilah

Alhamdulilah  diberi kesempatan bertemu Ramadhan 2022. 

Peringatan diri:
Mungkin ini Ramadhan terakhir jadi berusahalah sebaik mungkin menambah amalan untuk bekalan. 

Rabbi Yassir Wala Tu Assir

Berikanlah kami kesihatan yang baik, kekuatan mental dan fizikal, ringankan badan kami untuk melakukan ibadah dan terimalah segala amalan kami ya Allah.

Aamin Ya Rabb

Tuesday, March 1, 2022

22-24.02.2022 VISIT TOK YAH DAN JLN2 LUMUT

22.2.2022
Saya, suami dan Si Kembar menjenguk Tok Yah di Gopeng. Kami bertolak lambat dan tiba rumah Tok Yah di Gopeng pada tengah malam. Setelah memberi salam bbrapa kali juga memanggilnya tidak berjaya mengejutkan Tok Yah maka kami.pun beredar mencari hotel yg berdekatan. Alhamdulilah berhasil. 


23.02.2022 Pagi lagi kami ke rumah Tokyah. Tiba2 terfikir untuk jalan2 ke Lumut. Tok yah pun setuju. 

4.00 pm Kami tiba di Homestay Siti Sarah kepunyaan rakan sekolahku Ramlah. Pesara hebat TLDM
TELUR ITIK RAM FRESH 
POKOK AVOGADO ( pls lah hiduplah..Aamiin)

Lumut tempat kerja pertama Tok Yah. Banyak kenangan katanya. Gembira kami bawa ke sini. Alhamdulilah
Aha nak sangat bergambar di sini.  Berjaya memujuk abahnya. Memang cantik 
Ana kena food poisoning pulak. Agak teruk juga.
MasyaAllah
Ram dan anaknya Sarah yang baikhati. Semoga Allah murahkan rezeki mereka.
Antara gambar yang cantik





Tuesday, January 11, 2022

Zikir Mudah

CnP
Tatasusila Apabila Makin Kita Berumur..

1. Solat kita tak boleh lewat

2. *Makin kita berumur*, solat kita kena buat berjemaah

3. *Makin kita berumur*, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya
 
4. *Makin kita berumur*, solat sunat Qobliyyah dan Ba'diah jangan tinggal

5. *Makin kita berumur*, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba'diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba'diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni

6. *Makin kita berumur*, buat solat sunat witir sebelum tidur

7. *Makin kita berumur*, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal

8. *Makin kita berumur*, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, setiap hari kena baca Al-Quran

9. *Makin kita berumur*, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali

10. *Makin kita berumur*, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
11. *Makin kita berumur* selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak

12. *Makin kita berumur*, akhlak kita kena jaga,

Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

*Saya copy paste peringatan untuk diri sendiri dan semua sahabat* maka copy paste pula utk rakan serta sanak saudara anda .....

Sunday, January 9, 2022

Missing Si Bulat ni

Alhamdulilah. Tok Yah dapat jumpa cicit ke 5, Hudzaifah sibulat di Bangi. 
Tertido pulak semasa makan di Bangi Golf Resort.

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...