Tuesday, November 30, 2021

Live Today


Tomorrow isn't promised to us. 

So live as if today is your last day on earth. 

Appreciate and love the person who always there for you.

Dream deeper than you've ever imagined you could dream. 

Experience all that your heart desires. 

If tomorrow you wake and everything still remains, at least you r living now

Tuesday, November 23, 2021

ReUnion Group Khatam Quran Munshi

Alhamdulilah. 21-23 Nov 2021 kami dipertemukan lagi dalam program silaturahim yang bermakna ini. 

Bagus sangat - patuhi I SOP. Semua kena buat COVID test sebelum datang. Dan kena update di group whataps. Semua sporting .

Majlis khatam Quran PutriSmma TillJannah
Bg nama sini yg blh join 21-23hb Nov ( Ahad-Selasa):
Lokasi: Aaliyah Homestay, Tg Minyak Melaka.

1. Aishah 2n ✅
2. Rosiah 2n✅
3. Aca 2n ✅
4. Imm 2n ✅
5. K.shima 2n✅
6. Norita 2n✅
7. Yati Arif 2N ✅
8. Rohaya 0N  ✅
9. Sar 1N✅
10. RMN 1N✅
11. Zaida 2N ✅
12.Anita 2N  ✅
13. Needa(majlis khatam saje-tak overnite)✅
14.Suziana 2n
15.Eja. 1N✅

✅ selftest covid-19


Saya adalah org terakhir update. Berdebar gak buat test ni. Teringat buat pregnancy test. ALHAMDULILAH   -VE

Seronok sangat dapat berkumpul di Aliyah Homestay Masjid Tanah, Melaka. Homestay yang selesa ada swimming pool. Makcik2 ni pun lupa diri lah berendam dalam kolam yang sesuai dengan umur dewasa ni. 

Pengisian pertemuan amat bagus dan bermanafaat. Dalam bergembira kita mengingati perjalan yang makin sampai ke penghujung perlukan penambahbaikan diri. Alhamdulilah. Kesedaran yang Allah beri, kesempatan, kesihatan dan pertemuan yang direstui ini moga membawa syafaat sahabat syurga. 


Aturcara yang di rancang oleh Aisyah. Share sini jika ada yang memerlukan.

Tentative program 21-23hb nov 2021 di Homestay Aaliyah , Melaka

Pakaian masa majlis khatam - jubah hitam & tudung 

Aturcara:
21hb:
2.00pm check in 
4.20pm solat asar
             Dinner 
            - potluck + lain2
            - rendang ayam + nasi impit (sponsored)
7.00pm solat maghrib
               Baca Quran
               Tazkirah
8.10pm solat isyak
               Baca Quran
11.00pm tidur

22hb :
4-5.30am. Qiamulail
5.45am. Solat subuh
                Baca Quran
                Tazkirah
8.00am. Solat dhuha
8.30am. Breakfast(sponsored)
Breakfast sampai dlm 7.30am, siapa nak breakfast awal  blh breakfast dulu.
9.00 am  Majlis khatam Quran
12.00am Lunch(Sponsored)
1.00pm. Solat zohor
2.00pm Aktiviti Riadah 
               Berenang
               Ping pong
               Skipping
               Lain2
4.20pm  solat asar
5.00pm. Sambung riadah
                Persiapan BBQ 
7.00pm. Solat maghrib
                Baca Quran
                Tazkirah
8.00pm. Solat isyak
                Baca Quran
                Aktiviti bebas

23hb:
4-5.30am Qiamulail
5.45am. Solat subuh
                Baca Quran
                Tazkirah
8.00am solat dhuha
               Breakfast
      (Masak sama2)
               Aktiviti bebas
               Berkemas
11.45 check out homestay

Pesara cikgu ni memang terbaik. Teratur kerjanya. Salute her

Siap Bunga Telor.



Excikgu Munshi - Cikgu Rosina sempat datang ke homestay. Perbualan yang panjang bersama beliau. Now kita pun dah sama tua dengan cikgu.


Malam akhir siap.berinai rambut oleh Imm. Saya pun terjebak juga. Terasa sejuk kepala kena inai yang original - daum inai ditumbuk halus. Blonde lah nampaknya.

Malam ni juga kita buat BBQ. Saya phobia makan daging kambing sebab pengalaman masa kecil makan lauk kambing yg hamis. Malam ni Chah memujuk saya makan sedikit sbb rasanya mmg sedap. Saya pun mencuba dengan harapan saya boleh menelannya. Ya Allah sedapnya. Kambing perap oleh Ram mmg sangat sedap. Pandainya Ram marinate. Alhamdulilah bertambah2 pulak saya makan.


Hari ke 3  selepas checkout
Sempat juga kami menziarah Kay yang baru menjalani operasi lutut. Semoga cepat semboh


Semua meneruskan perjalanan balik. Kesian Ram kereta problem pulak. Semoga Allah memudahkan urusan Ram. 

Semoga Kita Bertemu lagi kawan2, kak shima dan adik2.


Sunday, November 7, 2021

7.11.2021 Aha Admitted to Putra


Assalamualaikum

6.11.2021 Early morning Aha crying hard. Sikembar buat hal lagi. Bergaduh. Aha jatuh terlentang ditolak Ana. Normal ke perangai anak kembar gini. 

7.11.2021 Aha still not ok. Bawa ke Putra . Dr buat CT Scan.

Dr Haris kata no obvious intracranial bleeding cuma ada occipital scalp hematoma... admit dulu for cerebral concussion

Alhamdulilah otak Aha ok. Bengkak kat tempurung kepala sahaja. Admitted supaya Dr boleh observe.

Malam- Aha still vomitting and headache. Setelah diberi ubat Alhamdulilah dia boleh tidor. 

Hadis diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman.

Artinya,: "Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri,"

Syafakallah
Semoga Allah menyembohkan Aha seperti sediakala dan tiada kesakitan selepasnya. Ameen Ya Rabb

Tak berapa selesa menunggu aha kerana kerusi yang disediakan keras je. Nasib baik ada klinik adik. Selesa sikit. Alhamdulilah.

 Cantik gak bunga meja adik ni. 

Wednesday, November 3, 2021

Parenting Skills Fail

Assalamualaikum

Bila kita mula nak jadi ibubapa tentunya kita menggali ilmu parenting untuk mempersiapkan diri dalam membesarkan anak2. Ini adalah kita menginginkan yang terbaik bagi mereka dan mereka jadi yang terbaik. 
 Tetapi apabila tiba masanya kita menjadi ibubapa semua ilmu tu tidak dipraktikkan sepenuhnya. Sebab:

1. Cara kita dan pasangan dibesarkan byk mempengaruhi tindakan kita.
2. Kedudukan anak juga mempengaruhi. Anak sulong kita agak strict sementara anak bongsu pula kita terlalu lenient.

Ini antara faktor yang menyebabkan ilmu2 parenting yang kita pelajari kita tidak dipraktikkan sepenuhnya.

Jadi sentiasalah berdoa kepada Allah semoga mereka jadi anak2 yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

4.11.2021 Visit Hudzaifah dan Nina

Otw balik Melaka saya pun update di ws family. 
Nina calla lkata dia cuti. Apa lagi terus plan visit Hudzaifah dan Nina. Alhamdulilah. Semoga Nina dan Hudzaifah sekeluarga sihat dan bahagia selalu. Ameen
My sweet little Ujaipah

2.11.2021 Visit Tok Yah di Ipoh dan Acik di Kulim

Assalamualaikum

Dah boleh rentas negeri. Kami mengatur perjalanan ke Utara  menziarah Tok Yah dan Acik.

Ini hostel acik di UniKL MSI . Macam kta Spain kan.

Happy Tok Yah dapat jalan-jalan ke sini setelah lama tak berjalan jauh. Alhamdulilah

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...