Bye Acik.
ASSALAMUALAIKUM
Akhirnya acik memilih untuk menyambung pelajarannya di sini dalam program Bachelor of Eng Technology in Mechanical(Automotive) . Kami bertolak pada hari Sabtu 12.09.2020 dan bermalam di Hotel Seri Malaysia, Kulim, Kedah. Jarak hotel ke MSI hanya 10 minit.
Perjalanan selama 7 jam amat memenatkan dan menyebabkan acik terfikir, adakah dia telah membuat pilihan yang betul. Jika dia memilih MFI , perjalanan memakan masa 2jam sahaja berbanding dengan MSI. Saya biarkan sahaja acik yang dalam dilema.
Semoga Acik urusan acik dipermudahkan dan acik berjaya , bahagia di dunia dan akhirat. Ameen
- Orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, dan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.
- Orang yang berilmu pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu kerana ia dapat memberi petunjuk kepada kebaikan dan dapat membezakan yang hak dengan yang batil.
- Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada dirinya, masyarakat dan negara.