Monday, June 29, 2020

MATI ITU PASTI

Mati itu pasti....

Mati tidak mengenal usia...

Mati bukan bagi yang tua....

Masanya kan tiba tanpa kita ketahui..

 

Bersedialah...

Sediakan bekalan sebanyak mungkin...

Sediakan bekalan selagi mampu...

 

Berkorbanlah...

Berkorban  harta mu ke jalan Allah.

Berkorban waktu tidormu untuk Tahajud kepadaNya...

Berkorban masa untuk  ibadah....

Berkorban kegembiraan dunia untuk akhirat...

 

Semoga Jannah balasannya. Ameen


alhamdulilah .Teruskan perjalanan

Sunday, June 28, 2020

BERSARA - MENCARI MAKNA

Assalamualaikum

Beberapa dekad bekerja  menjadikan fokus utama adalah pekerjaan dan kebajikan keluarga.

Setelah bersara anda perlu menetapkan tujuan dan matlamat baru. Membayangkan bagaimana anda akan menghabiskan masa persaraan dengan lebih memberikan makna pada keadaan semasa dan di alam yg kekal nanti.

Merasa beruntung dan bersyukur jika bersara , kita masih punya teman hidup yg boleh bersama- sama memberi makna kpd penghujung kehidupan kita.

 

Aku sedang mencari makna...

Rabbi Yassir Wala Tu Assir




Masih mencari makna

Saturday, June 27, 2020

BERSEDEKAHLAH




Setiap pagi saya melihat suami mengadap computer nya. Perlahan-lahan saya mendekatinya. Owh ini rupanya kerjanya setiap pagi…..bersedekah dengan membuat fund transfer ke Pusat Tahfiz, Yayasan kebajikan dll. Tak kisah dengan jumlah yang disedekahkan tetapi dia istiqomah.

Sedekah boleh dalam berbagai bentuk , bukan sahaja dalam bentuk kewangan.
Berbuat baik itu sedekah
Senyum itu sedekah
Kata-kata yang baik juga sedekah

Luas konsep sedekah. Senangkan nak dapat pahala sebenarnya. Jom kumpul bekalan, saham untuk akhirat. 

Dalam satu hadis menerangkan, manusia jika mereka biasa bersedekah walaupun dengan sedikit kurma, ia mampu menghalang wajahnya daripada dibakar api neraka.

Segala harta dunia yang miliki ketika ini belum tentu menjadi milik kita selamanya. Sampai masa kita pun akan meninggalkan segala milik kita. Yang pasti, setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan. ..Semoga Allah menerima sedekah jariah kita , Ameen.

Antara pusat tahfiz dan kebajikan :
1. Yayasan Al - Amin   MBB: 5622 7260 3690
2. Pertubuhan kasih Umat malaysia -Ebit Liew . CIMB: 8603546376
3. Maahad Tahfiz Al Bahiyah. MBB: 5520 2262 1355
4. Pusat Tahfiz Sahabat Prihatin Sabah . Bank Islam : 1005 2010 1183 08
5. Tahfiz Darul Rahman. MBB : 5630 4631 8953






DOA UNTUK ZURIAT YANG BAIK


Thursday, June 25, 2020

REUNION PLAN JULAI 2020


Assalamualaikum .

Rindu Ammar Yusuff. 


Semoga family reunion yang dirancang berjalan lancar dan anak2 semua gembira dapat berkumpul bersama. Permudahkan percutian ini Ya Allah. Semoga ikatan kekeluargaan ini semakin kuat keranaMu Ya Allah. Ameen Ya Rabb

Nina & Syed Najjmi 12.06.2020


Alhamdulilah. Semuanya berjalan lancar. 

Mereka telah bernikah pada Jumaat 12.06.2020 bersamaan 20 Syawal 1441H di Pejabat Agama Jasin.



Semoga Nina dan Najjmi bahagia hingga ke syurga. 

Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Dimurahkan rezeki yang halal lagi luas.

Dianugerahkan kesihatan yang baik.

Berjaya dan bahagia hingga ke syurga. 

Ameen.



AHAD, 01.11.2020 , 15 RABIUL AWAL 1442H

 

"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair."

Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,

dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,

dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...