Wednesday, August 29, 2018

Too Much

Assalamualaikum


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. (Al-Ankabut:2)



الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) - (Al-Mulk - 2)
Lega...Positifkan minda...Terus Berdoa...Kerana Janji Allah itu Pasti

Monday, August 27, 2018

24.8.18

Alhamdulilah. Majlis Nikah Abang Luqman dan Adda di Kuala Terengganu berjalan lancar.

25.8.18

Ya Allah Ya Rahman,

Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa.

 Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada.

 Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan

Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah.
Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.

Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki.

Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah.

24.8.18

Thursday, August 23, 2018

Sunday, August 19, 2018

Di Arafah 2017

Bersama Cikgu Amrah. Hampir setiap masa bersama Am. Alhamdulilah dipertemukan kawan yg sangat baik dan bersama2 beribadah . Semoga  Allah menerima amalan kami dan menganugerahkan kami dan suami juga semua jemaah haji yang mabrur. Kenangan mengerjakan haji bersama Utas menjadi indah apabila dipertemukan dengan kawan2 yang hebat akhlak dan kesungguhan dalam beribadah. Semoga silaturahim terus terjalin

 Tq so much Am


Wednesday, August 8, 2018

9.8.18 Hikmah Pagi Ini

Assalamualaikum

Allahuakbar. Alhamdulilah. Astagfirullah.

Dalam sedikit kealpaan terhadapMu, Engkau masih melindungiku. Alhamdulilah

Pagi ni saya hampir accident dgn lori. Tentu driver tu marahkan saya. Totally my fault. Maafkan saya.

Beginilah rasanya  bila orang lain buat kesilapan semasa pemanduan kita dan kita akan marahkan mereka. Tp bila kita ditempat mereka , barulah kita tahu keadaan mereka pd masa itu. Mungkin mereka dalam keadaan:

1. Sedih
2. Marah
3. Rushing
4. Runsing

Yang pastinya mereka dalam keadaan emosi yang terganggu.

Moga saya lebih berhati2 dan impati.
Aamiin.

Conversation with my little sunshine - dah dewasa dia. Alhamdulilah. Ku bersyukur kepadamu Ya Allah atas segala nikmatMu.

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...