Tuesday, March 27, 2018

Dwi Riyanti - Hsemate Nina


Alhamdulilah dapat bertemu Dwi di dataran Pahlawan baru-baru ni. Dwi adalah hsemate Nina semasa di UNL. Dwi merupakan pelajar terbaik PhD di UNL yang berasal dari Pontianak, Indonesia

Banyak Nina belajar dari Dwi.
Seorang yang komited dalam mengejar cita-citanya sehingga begelar pelajar terbaik

Proud of Nina too. Bila Dwi bercerita tentang karakter Nina yang baik-baik dan unik antaranya….Risk taker. Hish..

Bersyukur kepada Allah yang mempertemukan dengan insan-insan yang baik dalam hidupnya. Semoga dia menjadi lebih baik dan bersyukur. Dan Allah juga mempertemukan dia dengan insan yang mengujinya untuk dia sentiasa muhasabah diri, memperbaiki diri dan menjadi tauladan kepadaNya. Aamiin


Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata:

“Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.”

Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.”

 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tyson n Abang

Abang tentu missing Tyson. Terjumpa pic ni semasa scrolling the pic gallery dalam phone umi




Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Muslim, Rasulullah S.A.W. berkata: 

"Orang yang penyayang akan di sayangi Allah, sayangilah makhluk Allah yang ada di bumi, maka niscaya engkau akan di sayangi para penghuni langit".

Aamiin

Geng Quran Virtual.

Assalamualaikum...



Media sosial jika digunakan sebaiknya amat membantu kita dalam istiqmah beribadat kpdNya dalam mengumpul bekalan untuk dibawa bersama ke tempat paling lama iaitu alam barzakh.

Antara aktiviti yg boleh dilakukan adalah geng tadarus Al Quran. Wpun x sama berbanding secara face to face. Niat kerana Allah dan istiqomah dalam membacanya , insyallah akan mendekatkan kita kpd Allah disamping silaturrahim yang terbina bersama semakin kukuh.

Bagaimana nak buat Kumpulan Tadarus?

Langkah 1: Dapatkan sekurangnya 10 org kawan.

Langkah 2: Buatkan 3 kali pusingan bacaan contoh Juz 1-10, Juz 11-20, Juz 21-30.

Langkah 3: Setelah selesai pusingan ketiga. Berkumpul dan buatlah majlis khatam ringkas.

Langkah 4: Utk mulakan pusingan yang baru. Orang yang akhir akan baca Juz 1 pula dan seterusnya.

Insyaallah kita akan membaca semua juz Alquran akhirnya.

 πŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌ

Lihat contoh Geng Quran spt ini
Pusingan 1/3[Siri 6]
Feb - Mac  2018
Juzuk 21 - 30
Mulakan bacaan dengan Alfatihah
Kemudian doa sebelum memulakan bacaan.
Bila sudah mula baca sila letakkan simbolπŸ”›
Jika tidak dapat menghabiskan sila letak simbol ❤supaya yg lain boleh bantu
Jika sudah habis baca sila letak simbol✅
1. Hjh Asmah Juz 1✅
2. Maria Juz 2✅
3. Siti Zulia Juz 3
4. Isma Juz 4 ✅
5. Rosita Juz 5
6. Sariati Juz 6
7. Asilah  Juz 7 ✅
8. Azwa Juz 8✅
9. Jah Juz 9 ✅
10. Roza Juz 0✅

πŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌ

DOA SEBELUM    MEMULAKAN       BACAAN AL QURAN:


πŸƒπŸŒΌ   Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

πŸƒπŸŒΌ   Ya...ALLAH... Jadikanlah AlQuran....teman hidup kami di dunia,

πŸƒπŸŒΌ   Penghibur kesepian kami di dalam kubur,

πŸƒπŸŒΌ   Penyelamat diri kami pada hari kiamat kelak.

πŸƒπŸŒΌ   Jadikanlah ALQURAN sebagai penyuluh ketika meniti TITI SIRAT.

πŸƒπŸŒΌ    Teman ke syurga dan pendinding daripada api neraka serta pemangkin kepada segala kebaikan dan tempat merujuk segala permasalahan dengan limpahan kurnia,budi dan kemurahan MU.

πŸŒΌπŸƒ    Wahai ALLAH Yang Maha Pemurah...Yā Arhamar RohimΔ«n.

Semoga  direstui ALLAH kepadamu wahai penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan keluarga baginda yang mulia.

Ψ’Ω…Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€ΩŠΩ† يا Ψ±Ψ¨ Ψ§Ω„ΨΉΨ§Ω„Ω…ΩŠΩ†

πŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒ πŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌ Selamat Bertadarus SemuaπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒπŸŒΌπŸƒ

JAZAKALLAHU KHAIRAN

ASSALAMUALAIKUM

Apa itu jazakallahu khairan?

Terkadang kita mendengar ucapan Jazaakallahu Khairan dari sahabat sahabat kita. Tapi yang menyebut tidak merasa apa apa dan yang menerima ucapan pun tidak dapat menghayatinya hingga ke hati.

Ada yang merasakan bait jazakallahu khairan itu sama seperti ucapan terima kasih dan TQ semata. Namun sebenarnya amatlah besar maknanya kalimat itu!

Bersabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam: "Apabila ada seorang mengucapkan kepada saudaranya Jazaakallahu khairan, maka sungguh dia telah sangat menyanjungi mu (sangat berterima kasih kepadamu kerana dia menyerahkan kepada Allah SWT untuk membalas kebaikanmu).”

Allahu Allah.

Besarkan maknanya.

Benar sekali ... Jazaakallahu khairan adalah kalimat kebaikan yang menunjukkan segenap kebaikan disisi Allah SWT.

Jazaakallahu khairan juga ertinya semoga Allah SWT menganugerahkan kepada kamu syurgaNya. Menganugerahkan kamu kenikmatan melihat wajah Nya kelak di syurga. Menyelamatkan kamu dari neraka jahanam. Memberikan hidayah untukmu di atas Siraatal Mustaqim. Melindungi kamu dari syaithan yang terkutuk. Memberikan kamu rezeki yang penuh barkah. Menjadi kan kamu selalu berbakti kepada orang tuamu di dunia dan akhirat. Menjadikan kamu senantiasa mengikuti sunnah NabiNya.

Berkata Sayyidina Umar bin Khattab “Jikalau seseorang tahu apa yang terkandung dari ucapan Jazaakallahu khairan, niscaya ia akan memperbanyak untuk mengucapkannya antara satu sama lain."

Moga manfaat untuk kita renungi, amalkan dan hayatinya.

Jazaakallahu Khairan

#CnP utk kebaikan bersama. Semoga mendapat manafaat.

Poster1

Tuesday, March 20, 2018

ADAM YANG ISTIMEWA


Assalamualaikum

Adam yang istimewa adalah autism…..ujian dan pahala buat adik sekeluarga.

Selalu teranya-tanya ..apakah bakat Adam yang Allah kurniakan.  Adam sangat minat dengan Lego, motor, computer, swimming...

Adam sangat beruntung dilahirkan dalam keluarga yang dapat menerima dia seadanya, sayangi dia tanpa membeza-bezakan dia , berusaha tanpa jemu untuk mencari bakatnya , berdoa dan bersyukur kepada Allah selalu 

Akhirnya Allah tunjukkan apa talent Adam.



Alhamdulilah Adam pandai menulis Khat, ayat-ayat suci di jari-jarinya. 

Surah An-Nas hasil tulisan Adam .
Masyallah, cantiknya  hasil kerja Adam. Kita yang normal ini pun belum mampu menulis secantik ini. 

Alhamdulilah. Dipanjatkan syukur yang tidak terhingga atas anugerah ini. Semoga ini menjadi sumber  Adam nanti. Aamiin.



NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...