ASSALAMUALAIKUM
Hari ini keputusan SPM 2015 diumumkan. Acik tak izinkan saya menemaninya. Dia nak ambil sendiri keputusannya macam abang luqman katanya.
|
Luqman Hafizuddin |
Abang naik bas ke MCKK dengan gembiranya untuk ambil keputusannya. Sudah tentu yang menggembirakan adalah dapat bertemu kawan-kawan lamanya. Perasaan berdebar masih sama seperti yang lain dan kami. Saya menunggu dengan doa dan sabar dia menelefon. Akhirnya berita gembira di terima. Alhamdulilah , berita yang amat menggembirakan bagi dia dan kami. Straight A
|
Nur Hidayah |
Tahun berikutnya. Saya menemani Dayah ke MRSM TGB mengambil keputusan SPM nya. Ada riak sedih di wajahnya semasa mendapat keputusannya ...amat mendebarkan saya. Alhamdulilah keputusan yang membanggakan kami .Straight A. Cuma dia berharap mendapatkan lebih banyak A+.
|
Nur Amanina |
Tahun berikutnya. Kali ini saya dan suami menemani Nina ke MRSM Pontian untuk mengambil keputusan SPM nya. Para pelajar ditetapkan duduk dibahagian depan sementara ibubapa di bahagian belakang. Satu demi satu nama dipanggil. Ibubapa di bahagian depan dan bahagian belakang kami telah pun bersorak-sorak apabila nama anak-anak mereka diumumkan. Ya Allah ...berdebarnya kami. Janganlah keputusan ini mengecewakan Nina. Tak tahu macam mana nak buat nanti kerana Nina kuat menangis....Terus-terusan berdoa dan ...nama Nina diumumkan. Alhamdulilah...Straight A. Lega....Pandainya pelajar2 di sini . Ramai yang dapat Straight A.
Tahun ni kami menunggu keputusan Acik. Dan achik tak nak kami menemani... Sabar...
10.30am saya dah tahu keputusan acik melalui laman web cuma tak tahu detail. Bagusnya sistem sekarang, kita boleh mendapat keputusan SPM melalui internet ataupun sms. 11.30am acik post pic slip keputusannya. Alhamdulilah.. Insya allah acik boleh memohon menyambung pelajaran dalam bidang yang diminatinya. Semoga Allah membuka jalan baginya dan dapat mencapai apa yang dicita-citakannya. Aamin. Congrats acik.