Thursday, January 14, 2016

8 Jan 2016

Assalamualikum


Birthday Hidayah ke 22 tahun








Semoga Allah panjangkan umur ,murahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, menetapkan iman, menemukan jodoh yang baik dan membahagiakan. Berjaya dalam pelajaran , dunia dan akhirat. Menjadi doktor Muslimah yang berjaya dunia dan akhirat.











Sunday, January 3, 2016

CERITA SYUKRI @ACIK - AWAL 2016


ASSALAMUALAIKUM

Syukri @acik mula belajar di Giat Mara Kota Melaka dan program Sijil Teknologi Komputer hari ini 4 Jan 2015. Selepas SPM , Syukri tidak menghabiskan masa berehat seperti saudara-saudaranya terdahulu. Kejam ke ummi?

Apa yang ummi harapkan? Ini merupakan usaha ummi membentuk karakter Syukri. Syukri anak yang sangat  baik dan menyenangkan hati ibubapa. Dia seorang yang  pendiam. Ummi menaruh harapan, berusaha dan berdoa  agar acik mendapat  ilmu dan kemahiran serta keyakinan yang tinggi supaya  masa depannya  baik dan terjamin. 

Melihat kepada kesungguhannya, hati menjadi tenang. Ini baru permulaan. Diharapkan penamatnya adalah satu kejayaan . Cayok acik....

Sabda Rasulullah saw:

Barangsiapa yang menempuh  jalan  untuk mendalami ilmu maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga.

(Riwayat Muslim)


6.00pm 

Achik balik. Nampak keletihan.. Lepas selesai solat , dia menghulurkan satu kertas pada ummi. Ahh...kena saman RM100 oleh MBMB kerana kesalahan parking. Hari pertama di Giat Mara bukan hari yang gembira baginya...Tak pe achik , esok gi bayar- ummi dan abah memujuknya. Kami tidak mahu itu menjadi batu penghalang, meruntuhkan semangat dan merendahkan motivasi dirinya. Kami tahu , jauh dilubuk hatinya acik kesal kerana menyusahkan kami.


5 jan 2016: 7.00pg

Acik dah sedia ke tempat pengajiannya. Satu kejayaan besar buat kami apabila dia bersetuju untuk menjelaskan saman tersebut sendirian, selalunya mesti dengan ummi. Wah... acik dah independent ...Alhamdulilah. 

Hari ni acik bawa bekal sebab dia mengadu makanan mahal di situ. Acik memang penjimat. Ini memang sifat acik yang bagus.

Semoga Allah permudahkan urusan acik , diberi kesihatan yang baik, umur yang berkat dan kejayaan juga kebahagian di dunia dan akhirat. Aamin.

6.00pm

Acik balik. Saman dah dijelaskan dan dapat diskaun. Airmukanya nampak sedikit ceria. Setelah solat asar, acik bercerita pasal kawan-kawannya. Wah dah dapat ramai kawan...Semoga acik dapat kawan-kawan yang baik dan positif ...

Semalam acik merungut  ditimpa hujan dalam perjalanan pulang dan tak sabar nak dapat lesen kereta supaya dia boleh bawa kereta abah ke kuliah. Tapi hari ini , nada suaranya berbeza. Ada tanda2 bersyukur kerana ada kenderaan/motor yang membolehkannya bergerak sampai pada masa yang ditetapkan. Terdapat kawannya yang menaiki bas datang ke kuliah dan terlewat sampai. Ada juga kawannya yang terpaksa menunggu lama ahli keluarga datang menjemputnya.Ah...gembiranya dan bersyukurnya  saya, apabila dia dapat melihat dan belajar dari sekelilingnya seterusnya bersyukur atas nikmat yang telah Allah berikan.


Untuk rasa lebih bersyukur, 
bandingkan diri kita dengan orang yang lebih susah/malang/rendah dari kita 

Untuk lebih beribadat, 
bandingkan diri kita dengan orang yang lebih amal ibadatnya.










Friday, January 1, 2016

TAHUN BARU : 2016 BEGIN

Assaamualaikum




Hari pertama 2016, bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang hidup dengan sihat dan bahagia.

Hari pertama 2016, menerima berita duka...sukar untuk terima tetapi mesti menerima walaupun pahit. Semoga kami terus tabah dan belajar dari kesilapan. Teruskan perjuangan jika inginkan kesenangan di masa depan Insya allah. 

Pepatah melayu yang sering diingat: Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.



Firman Allah: 

‘Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri berusaha mengubah apa yang ada 
pada diri mereka’

(Ar-R’aad: 11)




Tingkatkan  Usaha dan Amalan
Perlu  buat perancangan ke arah pencapaian matlamat
Perlu disiplin dalam mematuhi perancangan


If you fail to plan , 
you are planning to fail

Pada setiap masa dan ketika , jagalah hubungan dengan Allah. Berdoa dan mintalah kepada Nya kerana Dia Maha Penyayang.



NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...