Wednesday, December 30, 2015

PENGHUJUNG TAHUN DIS 2015

ASSALAMUALAIKUM


Penghujung Dis 2015, penutup Tahun 2015. Apa pencapaian kita untuk dunia dan akhirat? Selagi diberi kesempatan oleh Pencipta, teruskan  usaha mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Di hari terakhir tahun 2015 ini, anaknda Hidayah menghadapi peperiksaan. Semoga Allah membantu Hidayah dengan menjawab peperiksaan dan seterusnya kejayaaan diperolehi. 

di Air Terjun Burmese , Taiping




Hari ini juga Syukri menjalani ujian JPJ untuk mendapatkan lesen memandu motor. Acik pergi sendiri ke tempat ujian tersebut. Semoga dip[ermudahkan segala urusan acik dan berjaya mendapat lesen motor. 





Nina juga menghadapi banyak ujian dan dugaan. Semoga Nina dapat menghadapinya dengan tabah dan sentiasa mendapat  bantuan Allah dalam apa jua masalah yang  Nina hadapi. Kadang-kadang sukar untuk menerima kenyataan,mengapa  dia dihantar sejauh itu dari kami. Alhamdulilah kami tersedar bahawa Allah sebaik-baik pertolongan dan Maha Berkuasa. Hanya Dia sepatutnya tempat kita berserah dan meminta pertolongan. Astagfirullah.

Semoga anak-anakku berjaya menghadapi segala bentuk ujian dan berjaya di dunia dan akhirat. Aamin

Rabbi yassir wa la tu’assir ,
Rabbi tammim bil khayr ,
aameen. 










Sunday, December 27, 2015

BERCUTI DI TAIPING- DIS2015

Assalamualaikum

Alhamdulilah 19 - 21 Disember, percutian yang dirancang secara adhoc, berjalan lancar. Dapat bercuti bersama sekeluarga merupakan suatu kenangan yang amat bermakna. Tambahan lagi dapat bertemu dengan Tok Yah.



Kami menginap di Homestay Ayra di Taiping. Double storey house, 4 room, 3 bathroom. Lengkap . Cuma jalan masuk ke homestay saja mengelirukan. Setiap hari kami pergi/balik , akan menggunakan jalan yang berlainan.

Sempat mandi air terjun Burmese, melawat Night Safari di Zoo Taiping, Boating di Taman Tasik Taiping, shopping di Taiping Mall dan melawat kawan baik di Changkat Jering. Alhamdulilah. 



Aha, Anna dan Hidayah di Air Terjun Burmese, Taiping







Dinner






Dapat Spot yang bagus


Subhanallah...Cuaca baik, Nice View

Abah penat tapi layan juga..

Nina hantar wakil

Taman Tasik Taiping
 26 Disember 2015: Abang Luqman kembali ke India.

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...