Sunday, September 20, 2015

KAWAN LAMA

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulilah dapat berjumpa kembali dengan rakan-rakan sekolah setelah sekian lama di majlis perkahwinan anak rakan kami juga. Berbagai cerita dikongsi terkini sambil mengimbau kenangan silam. Yang seronoknya , kelas kami semuanya perempuan. 

Rancangan Khas 1977-1979

Bertemu pada 19.09.2015

19.09.2015



Cantiknya Pengantin

Mak Pengantin: Hapizah Jantan

Haslinah , Azlena, Yati , Rohaya Hussin, Rozita Md Nor, Suraiyah, Ramlah dan Habsah.

Semuga Berjumpa Lagi

Wednesday, September 16, 2015

TRUST ALLAH

Assalamualaikum

Dalam pertemuan dengan sorang rakan sekerja baru-baru ini, saya sempat berbual panjang. Dari kejauhan saya mendengar tentang  cerita sedih beliau di mana beliau telah berpisah dengan suaminya. Pada pertemuan tersebut saya melihat riak mukanya yang nampak tenang dan positif. Saya katakan kepadanya, saya kagum melihat dia berupaya melawan rasa sedih atas nasibnya dan bangkit dengan semangat baru untuk meneruskan hidupnya. Demi anak-anak saya perlu kuat katanya. Sayu hati saya ..... Benarlah janji Allah.

“ Allah tidak membebani sesorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.”.( Surah Al Baqarah 286).

Dalam perbualan tersebut, saya tidak bertanya , mengapa dan kenapa.......kerana itu tidak penting. Saya hanya membiarkan dia bercerita. Dengan nada gembira dia bercerita tentang anak-anaknya dan usaha yang dilakukannya bagi memastikan anak-anaknya mencapai kejayaan di masa akan datang.  


Semoga Allah memberikan sahabat saya itu kekuatan, ketabahan dalam menghadapi ujian, dipermudahkan segala urusannya, jadikan anak2nya anak yang Soleh dan bahagia di dunia dan akhirat.


Wednesday, September 9, 2015

MYVII SACRIFICES

MBS 86__
Assalamualaikum

Myvii ini telah berkhidmat dengan keluarga kami agak lama. Terlalu banyak ujian yang dia dan kami hadapi. Alhamdulilah , ujian yang diterima dapat dilalui dengan baik dan redha. Semoga Allah melindungi keluarga kami sentiasa.

Abang, Abah dan Nina dan Hidayah telah pun mengalami pengalaman ngeri bersama Myvii ni. Dan pagi ini, saya pulak yang melanggar Myvii ni. So sad .....Kesian Myvii dan Vios. Wa.....Astagfirullah





Tuesday, September 8, 2015

6 Sept 2015

Assalamualaikum

My dear Nina:  Happy Birthday  
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Dipermudahkan segala urusan. Berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.



Hari ni juga abang kembali ke India untuk meneruskan pengajiannya ...semoga selamat dalam perjalanan. Berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.

06.09.2015 : ADA BEZA


05.09.2014 : TERLALU SANTAI

Anna bagi abang hadiah untuk kenang-kenangan.




Tapi tetapkan syarat ; 
abang hanya boleh buka setelah samapai di India. 



From :Anna
 To : Flying Abang


Abang bersama Hadiah Anna


Pandainya Anna reka Quotes. Bukan abang je happy , ummi dan abah lebih gembira dan bersyukur dikurniakan anak-anak yang saling menghargai antara mereka. Semuga kekal selamanya. Aameen.



Saturday, September 5, 2015

ANNA TALENT




8 Flying Birds : BY ANNA 05.09.2015 





Assalamualaikum.

Alhamdulilah, SikembarAnna ada talent dalam melukis. Ini adalah hasil lukisan Anna untuk abang. Sempat saya snap sbelum dia menulis special " QUOTE" untuk abang.

Kenapa Anna buat untuk abang ? DIY Gift untuk abang .
Sebab...esok abang akan berangkat balik ke India meneruskan pengajiannya.

Quote Anna dah siap, next post...

Semoga anak-anak kami saling sayang menyayangi hingga ke Jannah. Aminn. ALhamdulilah . Terimakasih Allah atas nikmatMu yang tidak terhingga.



anna

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...