Thursday, September 11, 2014

HOMESICK GIRL



Assalamualaikum

Bercerita pasal homesick girl ni.

Hidayah anak ke dua kami. Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, dia  memohon untuk program luar Negara. Semasa dia membuat pilihan ini, saya dan suami berteka-teki, boleh ke dia ni belajar di luar Negara ? ? ??????

Bukan sebab akademik sebab kami tahu dia seorang yang hardworking tetapi emosi. Dia selalu homesick..






Semasa dia belajar di SMKA Syarifah Rodziah, kami  datang lawat diri tiap2 hari pada permulaan persekolahnnya sampai kena perli dengan Jaga sekolah tu . Setelah lama sikit,  setiap minggu dia balik atau kami datang melawatnya.

Kemudian dia berpindah ke MRSM TGB, setiap hujung minggu kami melawat dia atau dia balik ke rumah.

Kami biarkan dia buat pilihan dan memohon supaya Allah memberikan beliau perkara yang terbaik.

Takdirnya di sini …....................RCMP, Ipoh, Perak.





Alhamdulilah kami bersyukur kerana Allah  telah memberikan jawapan kepada persoalan  kami.......…







Sekarang Hidayah dah pun meneruskan pengajian dalam tahun 2, MBBS di RCMP dan…........macam biasa homesick. 

Dia sanggup berulang-alik naik bas, ets,  teksi  dsb untuk balik rumah (Melaka) hampir setiap hujung minggu.


Berpeluang ke India, melawat USM-KLE dan abng







ke Singapura pulak






Sempat shopping semasa dalam perjalanan 

sempat posing juga


Aktivti semasa melawat Hidayah


 Hidayah ni ada seni dalam diri.



“Yesterday is history.
Tomorrow is a mystery
Today is a gift. That’s why it’s called the present”



Hanya Allah yang tahu apa yang baik untuk kita. Semoga Allah permudahkan segala urusan Hidayah dan tercapai cita-citanya  menjadi Dr Muslimah yang berjaya  dan bahagia di dunia juga akhirat.  
Ameen




Monday, September 8, 2014

Rahmat dan Peringatan


Assalamualaikum:

Disalin dari FB sesaorang dan nak share cerita ni , sebab  jalan ceritanya yang mudah difahami dan pengajaran yang nak disampaikan amat tepat sekali. Semoga kita  sentiasa mengingati Allah ketika susah dan senang, dan dijauhi dari ujian yang pedih dan tak mampu ditanggung.


Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan ,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.
Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya.

Tetapi, acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.

Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. 

Sunday, September 7, 2014

Another Year In India

5 September 2014  :

Luqman kembali ke India meneruskan pengajiannya di tahun dua. Semoga Allah mempermudahkan segala urusannya dan seterusnya berjaya di dunia dan akhirat.
5 Sept 2014


16 Aug 2014 

NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...