Monday, June 9, 2014

NAK KAWIN SEMASA BELAJAR

ASSALAMUALAIKUM.

Tersentap rasa , role model adik2 tiba2 menyuarakan keinginan ini. Rasa marah yang amat sangat di dalam hati saya.Perkahwinan bukan setakat menghalalkan yang haram malah ia lebih dari itu. Janganlah berfikir dan yakin ,seolah2 ilmu penuh di dada sehingga merasakan  akan mampu untuk mengatasi sebarang dugaan dan cabaran. Anak-anak yang masih belajar, anda perlu tahu mana satu keutamaan dan capailah satu persatu dengan iringan doa dan ibadat yang berterusan.

Terdapat beberapa link yang saya setuju sangat:

1.http://princehardy.blogspot.com/2011/07/berkahwin-ketika-masih-belajar-pada.html

2. http://www.kakinakl.com/2013/02/surat-ayah-ibu-saya-nak-kahwin-semasa.html

3. http://bioibadah.blogspot.com/2009/07/kahwin-ketika-belajar.html

4.http://blablakisahsaya.blogspot.com/2013/11/bagi-yang-mahu-berkahwin-muda.html

Terimakasih kepada empunya blog di atas kerana berupaya memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman  yang amat berguna bagi anak-anak muda yang masih mentah dalam membuat keputusan penting dalam hidup mereka. Sebagai ibubapa , kadang-kadang kita tidak berupaya memberikan pandangan yang bernas bagi menyakinkan mereka tentang keputusan kita . Namun dengan adanya muslimin seperti kalian , banyak membantu kami dalam meyakinkan mereka. Semoga usaha anda diberkati Allah. 

Semua orang berdoa dan mengharapkan perkahwinan mereka adalah merupakan perkhawinan  yang pertama dan terakhir  juga bahagia hingga ke Jannah. Semoga anak-anak saya dan anda dapat bantuan dan kekuatan dalam menangani masalah ini.


NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...