Sunday, November 17, 2013

KEMBAR , KEPUTUSAN UPSR dan POST MORTEM



ASSALAMUALAIKUM

Penantian kembar:  Aha dan Anna berakhir pada 14 Nov 2013 apabila keputusan yang dinanti-nantikannya diumumkan. Bukan mereka sahaja yang risau, kami sekeluarga juga . 

Alhamdulilah mereka hadiahkan saya 7A 3B . Anna dapat 4A1B dan Aha dapat 3A2B. Dari tempat duduk ibubapa di bahagian belakang saya lihat  Aha menangis dan Anna menahan tangisnya. . Aha saya bawa keluar dari dewan dan menenangkanya di wakaf sekolah...

Pujukan saya tidak dapat menghentikan tagisan Aha. Terdapat seorang pelajar yang juga menangis di situ ditemani ibunya.

Ibu pelajar :  Anak dapat berapa A?  

Saya           :  Alhamdulilah 3A 2B. Awak?

Ibu Pelajar  :  Sama lah ........ Saya gembira sangat sebab dia tak pernah bawa balik lebih dari 2A sebelum ini......Syukur sangat.... kita patut gembira (sambil mengusap kepala anaknya)

Aha pun berhenti menangis dan tersenyum. 

UPSR je pun ...perjalanan masih panjang. Perlu usaha lebih kuat untuk memastikan kejayaan yang lebih besar dan bermakna. Sebenarnya mereka sedih tidak dapat 5A kerana terlepas hadiah lumayan yang dijanjikan oleh saudara-saudaranya........


Dalam perjalanan balik kerja , saya dan suami berbincang tentang kembar , keputusannya dan sekolah menengah mana yang patut mereka pilih.

Saya  : Umi rasa oklah results mereka tu dan  genuine......their IQ. Kita tak hantar mereka pergi mana-mana tuisyen pun kecuali sekolah tambahan and yet mereka boleh dapat results macam tu.

Abah : Semua anak-anak, kita tak hantar tuisyen. Abang, Dayah , Nina tapi mereka berjaya dapat 5A.

Saya  : Effort ana dan aha tak cukuplah. 

Abah  : Abah rasa kita kurang beri perhatianlah kepada mereka.... 

Abah rasa bersalah sangat. Bagus... Urusan sekolah mereka menjadi mudah bagi ummi. Selama ini ummi yang uruskan semua orang. 

Abah bersama-sama ummi menguruskan sekolah kembar.............

Pilihan 1: Sek Men Agama Saidatina Khadijah ( dengan UPKK dan Amali yang cemerlang, harap-harap dapat menguatkan mereka terpilih)
Pilihan 2. Sek men. keb. Dang Anum (sekolah kawalan  di Merlimau) 


......Setelah berusaha , doa kami panjatkan kepada Allah semoga kembar ditempatkan di sekolah yang bagus dan sesuai , seterusnya mereka menjadi anak solehah yang berjaya di dunia dan akhirat. Ameen..


Nota : 
 Abang Luqman : Jangan lupa kirim hadiah dari India walaupun hanya sekeping Card.

  Kak Dayah dan kak Nina juga.
                   



Thursday, November 7, 2013

SABAH

Assalamualaikum 

Alhamdulilah perancangan berjalan lancar dalam percutian ini berkat pertolongan Allah. Banyak gambar yang sempat anak-anak rakamkan. Saya upload untuk abang tengok dari kejauhan. We miss you abang Luqman.

Hidayah, Aha dan Ana di Taman Warisan

Ikan apa tu? Boleh makan ke? 

Achik yang low profile

Aha di Jambatan Tamparuli...Nyanyi sikit..

Anna nak sangat ke UK.  Kat kundasang pun dah macam kat UK

Anna - menikmati makanan

Hidayah - always enjoy herself

Nak sangat ke RCSI tapi takdir Allah  hanya RCMP - ada hikmahnya.. ..

Kundasang View by achik - Masyaallah cantiknya..

Gunong Kinabalu by achik.... Allahuakbar . ...kami mengkaguminya dari bawah.

Entrance Fee tak berbaloi...

Di Jambatan Tamparuli


Anna

Aha

Percutian kali ini tanpa abang Luqman. Abang bercuti di Bangalore. Adakah abang rasa lebih 'happening' or  'pening'






Percutian kali ini  juga tanpa tanpa  Kak Nina. Nina tak cuti dan perlu bersedia untuk exam TOEFL 




Percutian yang sebelum ni - semua anak-anak ada. 
Semakin mereka dewasa , bermakna semakin sukar untuk dapat bersama-sama dalam suatu aktiviti. 



Alhamdulilah. 
Semoga anak-anak sentiasa bersyukur kepada Allah dan  menghargai masa dan rezeki yang diberikan serta saling menyayangi. Bahagianya kami. Ameen.


NZ

Assalamualaikum Tulis sini....   Adik Kudin ajak kami join dia travel ke NZ bersama isterinya.  TIdak ikut mana2 pakej  Meloncat happy. Tp n...