Assalamualikum
Anak sulong saya
bercita-cita menyambung pelajaran di bumi Ireland. Setelah berhempas pulas
selama 2 tahun, ditakdirkan dia tidak dapat meneruskan pengajian di Ireland.
Sebagai ibubapa , kita juga merasa kesedihannya walaupun dia tidak pernah
menyuarakannya.
Ditakdirkan dia mendapat
tempat di INDIA. ..............kenape INDIA......not IRELAND.
Harap I Allah beri I juga... Alhamdulilah akhirnya dia boleh tersenyum...
9 hb Sept terbanglah Luqman ke India.
10hb Sept saya menerima panggilan dari PMC menawarkan Luqman tempat untuk twinning programnya dengan Ireland.. Allahuakbar. TakdirNya..
Ketahuilah anakku:
Firman Allah SWT
bermaksud;
Boleh jadi kamu
benci kepada sesuatu padahal ia baik
bagi kamu dan
boleh jadi kamu suka kepada sesuatu , padahal ia buruk bagi kamu.
Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
(Al-baqarah: 216)
Ayat ini
menjelaskan bahwa Allah lebih mengethaui akibat dari semua perkara daripada
manusia dan dengan mengamati dan memahami ayat ini menyebabkan kita mudah
menerima segala yang berlaku sebagai takdir yang Allah tentukan seterusnya
mencari apakah hikmah disebalik setiap ketentuanNya.
Ayat Al-Quran ini berupaya menenangkan hati seterusnya percaya bahwa perancangan Allah adalah lebih baik dari kita.
Jelas dalam ayat ini Allah memberi peringatan "Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya."Kita adalah mahluk ciptaannya , hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. kita perlu sentiasa berusaha , berdoa dan bertaawkkal.
Fikirkan : Apakah yang Allah nak dia belajar di sini.
Diharapkan dia akan mendapat hikmah dan hidayah semasa belajar disini dan menjadikan dia muslim yang lebih baik.
1. Menginsafi bila melihat kemiskinan di negara ini. Bukan sekadar mata yang melihat, diharapkan hatinya boleh mentafsir. Miskin dunia tidaklah seteruk miskin akhirat sebenarnya.
2. Senantiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah terhadapnya. Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar kepada orang yang sentiasa bersyukur kepada-Nya.
3. Membuat pemerhatian dan berfikir tentang ciptaan Allah. Ini dapat menambah dan mengukuhkan keimanan kepada Allah.
4. Berusaha bersunggguh-sungguh memenuhi impiannya , harapan kami dan bertanggungjawap atas janjinya kepada rakyat (duit rakyatkan)
Ingatlah anakku: Nasihat Lukmanul hakim
" hai anakku!
Berusahalah untuk menghilangkan kemiskinan dengan usaha yang halal.
Sesungguhnya orang yang berusaha dengan jalan yang halal, tidaklah dia akan mendapat kemiskinan, kecuali apabila dia telah dihinggapi oleh tiga jenis penyakit -
tipis kepercayaan agamanya , lemah akalnya dan hilang kesopanannya"
Semoga Luqman berjaya dalam mencapai cita-citanya dan bahagia di dunia dan akhirat, juga mengingati kami dalam doanya. Ameen...
|
Achik, Abah, Abang, Ummi dan Nina, Pak Lang |
|
Nenek dan Sebahagian Cucu kesayangannya. Semuanya bakal DR. |
|
Anak2 saudara yang sporting dan ceria. Future Dr - Firdaus and Siti Syuhada |